make up blog.ekawww ada?

salam satu bersin. hai semua.haiii haaaaaaaaaaachummm! 


intro budak hingusan : ohps maaf  awak. ini adalah jangkitan kuman virus paling merbahaya awak. boleh bawak penyakit bintik bintik hitam di badan dan tompok tompok merah di muka.lalu akan timbul taik lalat hidup gemok comel lote dekat bawah hidung. huish dasyat! macam muka dan badan badut pulak. nak elak? oh senang sangat awak. caranya sangat mudah. tanpa bayaran dan kos pun rendah,. tapi satu je penting awak. iaitu : ikhlas dari lubuk sanubari jantung hati yang terletak di dalam sebelah kanan-eh-kiri-kot badan awak.. dan caranya ialah. : baca entri gua sapa habis! muktamad!kalo xgua lempang. hihi hihi maaf.ok-tak-lawak-pun-mereng-agaknya#okbye#okhye#

isi hakiki isi sebenar : gua nak cerita, gua dah make up blog gua. walaupun realitinya diri gua sendiri tak reti reti nak make up muka gua.atau erti kata lain pemalas yang amat dalam menggunakan barang berwarna warni .dari warna lampu isyarat dan watercolour tue lalu campak dan letak dan toyoh dan tempek dekat muka gua dan jadilah berseri seri bak bidadari ataupun  bidadari version badut.haha memang sah sah gua tak reti make up. make me up gua retilah kawan kawan. hihi. (berdiri sudah.bukan susah pon,;p) kalau tengah loading takpelah. mungkin tak sempat bertadika dulu dulu.

gua ada satu bahan make up yang gua gemar gila. dari hujung dunia sampai hujung barat memang ada. gua tergilakan barang make gua. gua gila. lu ada gila? tak ada kaaaann. senang jea gila gua. ha ne bawah ne
gua ada PS. benda kesayangan gua. eh ps tue bukan printscreen okay .bukan pasar semah juga. tidak. bukan pergi selamanya. oh bukan. bukan pulau serdang *erk ade ker? dan bukan paling syiooook *erk takda kaitan. play station punn bukaaaan!
ps tue sayang sayang ku adalah adobe photoshop cs3. yelah gua takdak latest version cs5. asalkan ada. gua zuhud. ok-perasan-bye# terima kasih kat orang tue, yang lama menghilang-pasai ajar gua benda alah ini. dan maka terlihatlah hasil yang kelakar dan pelik sikit.oh warna kesukaan gua adalah hijau. dulu gua berlatarkan pink ungu gua-dan-nampak-macam perempuan ayu gedik jap. haha
ini
kepada
 ini
cilok dari print screen cik muna rahimah yang tersayang tercomel terbaik n other ter.. lupa nak ps sendiri. hihi ;p
kepada

p/s: oh dulu header gua gemok. makan banyak. diabetes. sekarang gua bagi dia senam masuk fitness. no more rice.just vegetable. jadi kurus cekeding macam tiang dah  header gua.. macam gua, haha perasan-lagi-okbye# eh korang ok tak? buruk sangat ke perubahan ne. dari dulu nak buang binatang gerak gerak 'be my follower tue' selalu lupa. padehal tak jumpa. lupa yang mana link. haha

yang bernama kecewa itu saya.

salam semua. salam sesejuk musim salju di australia tapi cuma musim panas-nak-tak-nak-jee oleh cik musim khatulistiwa#okbye

maka dengan musim-yang-macam-nak-taknak-tersebut. maka beta mengalami kebersinan yang berleluasa dan sangat istiqamah (maksudnya berterusan lah sayang) serta mengakibatkan kondisi badan dan suhu tidak terkawal dan mamai mamai ayam (erk) .bahkan, mengakibatkan satu pencemaran bunyi yang bingit dan bising dan pening dan kuat memecah kesuyian di waktu dinihari pagi malam dan petang. iaitu: haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaachum secara sopan dan comel#okbye

intro gedik tamat. entry serius akan berlaku sebentar lagi. harap maaf. anda disunatkan untuk mendalami jiwa yang agak serius dan berlagak matang. walaupun anda bajet bajet muda. maaf di dalam entry ini anda tua,banyak jerawat dan uban putih melekat.#tahpape#. bacalah dengan tekun agar hati saya sampai di hati awak awak semua yang membaca. moga kekesalan ini mengubah segalanya .
amaran keras dari kerajaan: sapa sengih xnak kawan. ;p

cubaan entry serius bermula dari sekarang :

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed."
Alhamdulillah :)
tolong baca ayat atas ne dengan rasa kehinaan kepada sang pencipta yang Maha Agung. Ya Allah ;')

sungguh aku terjatuh dari landasan.  sungguh aku tertipu dengan kemewahan dan kesenangan dunia.   sungguh aku terlalu selesa atas keadaan yang menimpa.   sungguh aku sedar ini cubaan yang ngeri buat aku.   dan aku. aku terkesima melihatnya pergi.   dan menduga ku tanpa belas kasihan.   sungguh aku tunduk padamu kali ini. betullah kadang selamanya berada di roda atas akan alpa,  kini di bawah roda sering terpijak terlanggar atas kesalahan diri sendiri.   oh sungguh sakit.   oh sungguh malang.   oh tak apa.   aku ingin menjadi lebih kuat.  oh ini lah caranya. ;)

maka sungguh terharu biru bila ada yang sudi mendekati hati hati yang sedih duka lara hampir mati hidup semula ne dan m'beri nasihat yang berbaloi baloi. terima kasih kawan kawan. sayang ketat ketat habes lah. hati bermonolog ' kejauhan mata bertandang apatah lagi keakraban bertegur, jarang sekali, tapi ada lagi yang mengambil simpati, indahnya persahabatan kan' ;') #penat dah nangis ne#

dan aku mengadu pada bonda tercinta tersayang tadi sambil meng-coverkan diri 'please janganlah nangis wahai hati, wahai mata' nasib baik aku ada penyakit selsema. kahkah. padehal tup tup sikit sikit mengalir. oh takpe lari ambil tisu. terus buat buat lap hidung .kepoyoan bermula. mak comel tak perasan. kihkih. 

parah sangat ke dugaan itu awak?

ya awak. bila awak tak pernah failed dalam seumur hidup. tapi inilah kali pertama. oh mak ai. tercabut jantung hati gua. terobek robek dihempas pulas hati baling jauh jauh lalu dikemek kemek macam tin sampah dan ditoyoh toyoh macam kain lampin pakai semula dan diroyok royok macam kertas tanpa tuan. lalu dilempang lempang macam roti canai terbang oleh mamak tak bertauliah. oh sakit awak ;')

tetapi

"jangan mengeluh hanya kerana kamu tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang yang tidak mempunyai kaki"

dan

"When you realize you’ve made a mistake,take immediate steps to correct it"

p/s: anda hanya mampu membaca dan menghayati bukan? tapi tambahkan pahala anda dengan berdoa sekali? boleh.? terima kasih ya awak awak. sorry laaa kejap awak gua saya aku.#perasaan macam kambing#ayat cam keling#okbye

kakak ku kawin lagi!

salam semua. salam santai sepoi sepoi bahasa.

beta berada di rumah tercinta. ketenangan kembali seperti sedia kala. kemalasan kembali menyelubungi. kesibukan ku tolak jauh jauh pergi. kepeningan mula kekurangan. kesenyuman kedamaian hanya menerjah di ruang mata dan kalbu. keselesaan di rumah menyapa.kemasakkan kembali menghantui. yeay! lame tak masak.mengidam. ke final kan tengah di alami. tetapi mengapakah beta seakan meng honeymoon kan diri. oh biarlah diri ini ke alam fantasi sementara waktu ini.
    -oke ayat bm hancur hancus hampeh,failed, into merapu tamat-

on my way to the isi.
kakak ku kawin lagi! OMG. mungkin ada yang bertanya2 eh takkan cerai kawin cerai kawin kott.  eh tadalah u alls. i banyak kakak okayyh. 5 perempuan 2 lelaki. sape suruh. kihkihkih.4 dah berumah tangga. maka 3 december lepas hari keramat. hari sejarah. beta akan ada abang ipar sorang lagi. sudah ada dah punn. nama panggilan manje, abang geeeeee! haha comel gile. rasa kelakar pulak. makin ramai laaah penghuni rumah ne. Omg! anak buah lagi. sekrang ada tujuh. lepas ne tambah satu lagi. haiiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!. -_-'. pengsan suda. jom layan seketika. beta buat simple2 je ne. dari adikmu. untuk kakakku.  kihkihkih.

on the top of the isi : untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah kaweeen kannnn. tahniah ;). seribu darab seribu kali beta jeles. beta bila lagi? tunggu bulan jatuh ke riba la gamaknya. tunggu bintang datang memanggil. tunggu pelangi datang melambai. kihkih. muda jagung sangat lah. mak beta kata. kena lepas 22 tahun. takpun umur 22 tahun tue umur wajib kawin. hakhak. sabarrrr jelaaaaahhhh ya. pejam celik pejam celik jeeee cik kiaaaah! huish. tamau tamau...macam best, tapi belum sampai seru laah cik kiaaah. -abaikan sesi berangan ini- teeeettt...

suasana: macam biasalah. sederhana tapi kepenatan melampaui batas. dengan exam final of the year. final yang mencekik darah .selang sehari selepas kenduri pulak tue., hah tatahulaaah jawab cemana. sudah lepas. menggigil la lepas ne tengok result kan. doa baik baik saja yaa!. dan history of the wedding of the year ne. siap ada playground buatan sendiri di sebelah rumah.untuk tujuh anak buah yang-kenakalan-tiada-dapat-ditandingi.hihi. gembira bersama mereka.

lagi satu cerita sensasi : beta jadi pengapit time nikah. putih semerbak lah kan liplapliplap orang kata. padehal jubah putih manik biasa. dengan selendang hijau main pusing lilit pusing pusing je haaa kat kepala. sah sah orang cakap. aik pengapit kee yang nak kawin ne. macam dah lebih je dari pengantin.cantik sgt kooot. -_-' , gua siap kena perli masa nikah tue, kan gua  duduk bersimpuh sebelah pengantin, ada orang bilang. macam gua yang bersimpuh menanti sang suami. haish.

p/s: (gambar pengapit tak dapat lagi. bahaya letak. kihkih ) kalau takda kenduri jangan harap lah beta nak sentuh alat penghias wanita terkini : make up, cincai pun jadilah. hak hak. lagi satu : inai inai inai. !
insyallah tiga tahun lagi: ayat berani mati

sayang, kau tersilap langkah lagi

Redup sinar matamu memandang
hati yang sayu terus menerkam
badai berlalu tanda dugaan
tiada yang mampu dilakukan berterusan
hanya tersenyum menanggung akibat
berani berkata terimalah semua
sayangku sering berlalu
namun pada siapa dan mengapa
susah diungkai dengan kata
lagi sukar diucap dalam hati
andai dirimu dan dirimu tahu isi naluriku
andai hatiku hanya milikmu seorang
sudah pasti bahagia sering mengiring
kekeliruan makin mencemburui
hati tergamam hati kecewa
ungkapan maaf tiada penawar
salah  diriku jua masih mentah
tetapi masih kah dikau ingat
atas kemahuan ku yang sukar ditepati
sayang, kau tersilap langkah lagi
sampai bila penantian ini
hanya si dia Maha Mengetahui
namun janji pasti terpatri
sayangku masih kepada yang satu
jangan dibilang dua atau tiga.
moga keikhlasan menyelubungi

khamis petah berkata kata

salam satu sedu. satu blur.

awatlah body ne haaa. tersedu sedan dari tadik. macam bunyik cengkerik tak cukup tidur . pergerakan macam engine tak cukup nafas. haha. sudah habis dah satu botol air cap heater disedut dari tadik. bukan kecik. besawwwww punya..mahu dijadikan tong air dalam badan ne. kalau tak bersih jugak dalaman taktahuu laaah kan.

hye awak awak. kepelikkan kan. harini ada tanggungjawab yang lama diabaikan sejak 5 bulan gamakanya. iaitu encik adik manis si khamis petah berkata kata  atau makcik spontan khamis. kesian dye. im coming back dear spontaneous thursday ;).  again. miss u.

-----------------------------------------------TERIMALAH---------------------------------------------

Ketulusan hati tiada penghalang antara ribuan jauh mata dipandang dan wajah terlihat . This I promise U.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

saya tak bahagia jumpa awak: si kampung.

salam kepanasan dan kelembapan
maka harini cuaca agak panas dan mengakibatkan hormon dalam cell diriku tak tentu arah, lalu menimbulkan temperature yang agak tak keruan dan tak ketahuan. lalu meningkat sejak malam tadi dan pagi tadi. mengakibatkan kepontengan kelas telah berlaku pada pagi ini. segala kepeningan dan kecelaruan di otak amatlah didukacitakan. segala kesulitan amatlah dikesali. maaf zahir batin puan. ha3. (lecturer kelas yg diponteng :amat  garang) ;p

message cinta :
saya: salam, puan maaf tak dapat pergi kelas pagi tadi. im sick.
puan tersebut : okayh malam ne ada kelas. ada homework!
hati saya: puan tak kesiaann keeee....uwawa.siap bagi warning. : sambil bayang muka puan angkat kening mata bulat.(you must do the homework.! u want passs rytee.??!) ayat azimat beliau sentiasa. yes yes i do i do.
-introduction merapu tamat-


pendahuluan- maka beta telah pulang ke kampung pada jumaat lepas sehingga isnin pagi. pulang pada jumaat malam. 930 malam dan sampai pada pukul 6 pagi. bapak ah lame giler. (ekaw hingat jalan tue ekaaau yang punya) memang tak laaa kan. semua dah pandai balik kampung sekarang kannn. hihi .;p destinasi ke kedah jeee. tapi dah macam pergi kelantan atau thailand. ha3. . .sereeeett sereeet kereta jalan, lepastue kena heart attack  bila break mengejut lebih dari 10 kali -_-' .

beta mengalami tidur kurang nyenyak sebab terceruk di belakang sekali. jadi tukang dapur di kereta alza yang tak bape nak besaw n tak bape nak kecik. nak air nak makanan nak milo nak roti nak nasi nak daging. semua orderrr je kat beta. time time beta tengah ulit mimpi dengan shah rukh han pon kena kacau. lagi lagi layan anak buah sorang ne kat sebelah. kecik kecik main galaxy tab. dlm hati beta: (aku umur 19 baruuuuu dapat lektop. ekauuuu umur 3 tahunnn.. cesss!)

isi- maka anak buah beta hempap atas beta selama mana mungkin perjalanan tersebut. segala kekebasan aku dah rasa. memang takleh gerak langsung. sayang anak buah punya pasal.  tidurlah beliau dengan lena sambil air liur meleleh dan beta menahan kesakitan kekebasan pasal posisi seinci pon takleh gerak. haha. maksu sayang miqdad (nama ank buah aku laaa!) okayh ;). how mithali maksu i am. ha3
kampung beta moden sikit: ne nazak sgt dah ne rumah ne ;p

isi sebenar- tapi paling mendukacitakan bahawasanya raya aidiladha kali ini tak semeriah kampung yang dulu. maklumlah sekarang ne kampung kena pindah. takde dah rumah papan papan kayu kayu . adelah seconet batu bata dengan aircond setiap bilik. tapi sekarang pindah sudah. jadi Semi-D n banglo dekat tanah kepunyaan atok segala atok. lupala pulak sape punya tanah. banyak sangat simpang siur family mak ne haa. hehe maaflaaahhh. so beraya kat kawasan perumahan teresan yang baru. yang baru dua tiga kerat pindah. yang lain sunyi tiada penghuni. dengan sumber air takdak dan kipas syiling x pasang lagi. barang kucar kacir. oh mak ai! macam kembali zaman purba versi rumah batu. ha3.  lagi selesa kampung beta dulu haaa.

dengan tenaga empat tiga kerat. beta punggah la apa yang ptut dari rumah lama ke rumah baru. membebel akak beta. beta angkut kipas besaw besi sumbat dalam keta dia. kerusi malas besi dan barang yang lebih dari berat beta.  tak muat pulak tue. haish. sekali pulang semua family. macam buat kenduri kawen. ramainyaalaah. mana taknya beta jea dah ada 7 anak buah 7 adik beradik. apetah lagi keluarga lain.kalau anak buah nanti semua buat boria nangis sama sama.  oh mak ai! padat penuh panas pening.


sesi mak comel: mak comel beta pulak berkata: sekarang nak mandi pun susah. dulu mandi kat bilik air luas ada kolah.(takde bumbung) nak menari nari pusing 360 darjah pon boleh.sekarang...hurm sekarang bilik air kecik(bilik air rumah semiD). pusing sana terlanggar singki pusing sini langgar dinding. xsyiokk.. haha( oke mak beta saiz comel sikit) haha. kesian mak beta.

p/s: sedap giler makan otak lembu, kegemaran beta bila balik kampung. pelik? sedap broo. yummmyx3.
*tahuu lmbt dah. nk cakap gak. slmat hari raye aidiladha!

mak yang comel!

salam satu relax satu baring satu golek golek atas katil.

intro makcik : pusing pusing golek golek tiarap meniarap ditiarap melintang melurus menstraight(hncur bi makcik -_-') menyenget membengkok mem what ever meng lah kan. habes dibuat ye i dalam beberapa juta  posisi melayan lektop serbaguna ne(pasal macam nazak kadang kadang) haha. dan melayari internet wifi dalam rumah ku hidup ku. biaselah UITM ada kerrr internet lajuu cam ne youu. ?? ohps maaf.tershasull laa you. tak pasal pasal kena reject i dengan uitm. ampuk pakk. akibat stress dgn line internet ;). beginilahhh....

gmbar 2009 gua cilok. mekaseh pakcik dean! maaflah kita tak penah kenal kan. ahhahaah ;p
penting : oh bagi i guna perkataan i n you boleh.. hahah geli senanye. tapi bolehla. glamour kadang kadang kan. bajet retiss. nope? bajet orang bandar jee. hakhak. kali ne ade kisah comel tentang beliau. datin sri paduka roosmawaty. my mommy buchy buchy. haha . naik pangkat? bukan. sebab gayanya ala ala mak datin sikit busy memanjang. tapi cute. haha

alkisah dahulu kale: padehal baru 10 jam yang lepas:
maka i baru pulang dari UITM,. macam biasa rutin mingguan. setiap minggu melawati ibu dan kampung halaman ku. diambil dan dikutip setiap minggu. erk bukan anak kutipan or pungutan okeyyy!. haha. lalu di sumbat ke rumah idaman. rumah ketenagan. kadang kala rumah kebisingan oleh cucu cicit datin ini. comel gembira kelakar cuma kadang kadang oh mak ai! bingit . hehe maaf.

kisah sebenar: 
dan kisahnya dalam kereta . perjalanan pulang ke kampung halaman. selalunya mengambil masa yang teramat lama iaitu 15 minit sahaja jam malaysia. malangnya. pada hari ini... oh ye semalam (.sudah melewati 12.) telah mengambil masa paling singkat sekali iaitu 1 jam 20 minit. maka dengan segala singkat masa yang ada maka beramah mesra lah dua orang beranak ini : si mawarku wada dan datin roosmawaty. ;p


agenda kelakar:
my mummy buchy suka bercerita : mummy ceritakan kisah naik flight yang ngeri teramat ketika pulang dari kampung yang kampung sebenar di kedah. TETAPI. malangnya kisah tersebut menjadi kisah lucu dan agak melawakkan dengan cara intonansi dan mimik muka si datin. lalu ananda ketawa berkali kali dan tersengeh kerang kerang busuk. mana takya septutnya cuak: sebab kapal terbang tue memasuki zon yag tiada udara di awan sana, lalu zuuppp! terjunam kebawah selama beberapa minit: menakutkan! scary yooouuuu.. ! tapi selepas itu ananda bertobat dan berhenti gelak serta insaf seketika. Terima Kasih Ya Allah selamatkan ibunda ananda ini. tibe tibe baik#okbye

TETAPI lagi. si datin terus membuat kelakar dgn mengomel beberapa ragam manusia yang pelik pelik n tahpape serta mengejutkan jatung hati nenda dan ananda sepanjang perjalanan ke halaman kampung yang-macam- jauh- tapi- dekat.. seperti. kebakaran kereta di lebuh raya. depan mataaa bhai! huish takut tapi macam advennture nak tgk best. pelik kan ananda ne?. tiada yg terkorban. kereta jeea. buat show gamaknya. seterusnya dengan jammed yang teramat akibat lampu isyarat berwarna oren ( ada ea oren? ). dan pemasangan paip dan pembaikkan jalan. lalu si datin membebel dan mengatakan. asal semua orang nak buat kerja kerja timeee ne jugaklah.dan ayat kelakar beliau i dah lupa. sory.  paling tak tahan.tengok si datin membebel tersyum tgk dua ekor anjing dalam kereta sebelah  dan mengatakan kpd anjing itu yang memang tak ah nak dengar kan : hyeeeee awaakkkk! ..-_-'.

p/s: cerita pasal datin sampai subuh tak habes. nanti cerita lagi. eh mane panggilan i you hilang. alamak. hehe. moral story: mak datin i mmg comey bila buat lawak! haha ;).


p/s lain : kampung halaman > klang, uitm > shahalam. OMG! kenape tak letak R&R terus. lama kemain nak sampai. hahah. youu kampung halaman i ada tesco giant besaww tau.. takdelah kampung sgt oke? hehe.

youu..kampung sangat kewwww i?

salam you alls.salam gedik satu  dunia universiti.

haha. eiuyuueee... nape you alls gediks sgts ne. menyampah i tawwww. youu neee kannnnn. tak sukeee tawwwwwwwwwwwwwww...yaksss.
(rasa tak boleh banyak lagi ke 's' dan 'w'. haha.) beta pon tak paham. tapi kadang itulah dikatakan bahasa up to date? bagi beta bahase up to late. its too late nak gedik gedik la . haha. habes hancus bahase ibunda tercinta. maka kali ini beta sendiri akan cuba jangan main shortcut bahase ibunda beta. haa lagipun beta sendiri masih guna bahase ibunda seperti perkataan 'beta'. kihkih, bajet orang besar.

tapi mereka berkata : bahase up to date begitu, memeriahkan suasana dan menciptakan keadaan yang agak moden , sosial yang macam orang up to date jerr pakai...orang kampung lapuk macam kita mana pakaii kaaaan. pelik tapi benar. n selalu. pakaian dan tingkah laku mereka juga up to date sangat sangat. gerak geri. percakapan . nampak hot n vogue kerr? liuk lentok. oh mak ai! OMG!. kalah ratu datin you allsss..

 pakcik google suke sgt bagi gambar datin siti ne. hehe you alls. padehal gua search baju kelawar? ne baju kelawar ke? bukan. baju gua tak vogue camne.. ne baju datin datin jeee. lebeh kurg laaaa  ;p


kisah benar : maka hari ini. hari panas sedunia. hari hampir pitam beta. dan telah diclaim muka beta muka seorang pesakit yang pucat..., ingin menuju ke destinasi biasa. destinasi membeli dan mengeluarkan duit. beta harini memakai baju biase biase sahaja. baju kelawar tangan panjang. disebabkan kelas tiada atas peperiksaan yang bakap dihadapi. so beta mmg selamber hari isnin orang cantik cantik. beta macam baru keluar dari hospital. dalam kolej jee punnn. maka  tup tap tup tap jalan. usha sane usha sini.. tup tap tup tap. turun tangge. tup tap tup tap lagi.... sampai cafe. usha usha jeling jeling lauk semua...sambil buat muka pelek, kenape susah nak dapat sayur yang sedap. bila laa aku nak gemok. ahiyoo. lepastue korek nasi. mampatkan dalam polisterin bagi kasi banyak. mana taknya. dah bergendung gendang tali kecapi perut gua lapar kemain. meronta ronta minta diisi dengan nasi idamannya .nasi putih. -_-' . oh gua ratu melantak. makan banyak. tapi ikut mood. haha

kemudian. selesai memberi note 1 ringgit 4 keping dengan pulangan 20 sen. memang agak murah apabila nasi gua mampat bukan kemain dengan ayam ala ala kentucky dan sayur bendi yang keras giler.  apa boleh buat. gua jalan pulang ke destinasi asal. tup tap tup tap. turun tangge keriangan. tiba tiba.... oh mak ai!. orang up to date tegur i la youuuu allss......tersentap gua
" eiiiiiiiiiiiiiiiuuu mawar.....apa baju youuu pakai neee. sambil jeling jeling tak puas hati pandang gua, eii maluu jeee. tgk ne kak. ape bende laa pakai baju camne' sambil tunjuk gua kat akak yg gua kenal jugak, akk tue dah pelik pelik dah. pasal akk tue bukan up to date, akak tudung labuh. -_-'
kadang kadang makcik up to date ne mngatekan. ' baju cik kiahh mnee laa kami kami orang kampung pakai ne. tak best langsung.' maksudnye. tahpape n memalukan ? OMG!. lempang nak?
maka gua buat senyuman kambing tak kambing. dalam hati gua : ikut akulah nak pakai baju ape pon. bukan aku ade kelas pon. kalau laki kat luar tu tgk taknak aku pon takpe. bukannye aku nak kawen sekarang. hahaha. lagi longgar dari baju youu alss yg nak sangat dedah semuaaa tue. . ne baju kelawar my mom bagi tauuuu. youu alss jangan nak mnggedik comment tah pape. biarlah besederhana. bukaannya i tak cukup kainnn you alss. haha geli geliman pulak bahase up to date ne. oke lepas ne i pakai tshrt biase n seluar tracksuit jee. kalau you alls nak kate i ketinggalan zaman jugak . taktahu lah. tak dapat eden nak tolong.

p/s: cik kiah tak cik kiah. up to date dengan dunia akhirat juga ;) muhasabah diri.

bila aku sudah terleka.

salam rakyat jelata.

minggu ne minggu penat sikit dan minggu bahagia. asal pulak? haha dah beta tentukan nak wat cemaner. bahagia lah gamaknya. terima kasih dear ;). harini beta sihat alhamdulillah. cuma virus selsema mawar je melanda. virus selsema burung habes daa. tapi virus beta terus berjalan. hadoii.  okayhh detail berblogging kali ini . bajet mak datin. ( kenapa sesi meroyan beta tetiba pendek?. hehe. no idea. sape suruh asek sengih sorang sorang)

tempat : atas meja dalam bilik di kolej seroja, depan ada cermin tingkap, takde pulak beruk main intai kali ni. good boy!
masa: macam dah malam. pasal cermin depan gelap. langsir terbukak. alamakkkk..
mood: sekejap blur sekejap senyum sorang sorang, manetah roomate hilang, bersendirian lagi
situasi: menenangkan. mendamaikan. disayangi. ? layan lagu jiwang . haha

haha macam kelakar je. beta baru habis satu benda yang melalaikan dan melekakan, dah lama lah jugak tak buat benda alah ne. hal ini disebabkan oleh terjumpa benda ne  dekat rumah kawan bilik, makcik diya dior. haha. mengamuk dia beta panggil gelaran buruk tue. habes punah rumah tangge kitaorang nanti. duduk berdua kan. macam macam leh jadi kan. haha. rindu makcik busyuk tue. takpelah nanti korang sekalian akan kenal makcik busyuk beta tue. kami selalu berjauhan kadang kadang. tapi kalau dah dekat. serapat yang mungkin ;). seeerat yang mungkin.

okeyh. kembali ke dunia asal. berpijak di bumi nyata. tabiat beta yang melekakan adalah seperti berikut :

apabila beta menjumpai mu wahai makcik novel! 

serius kalau dah jumpa makcik novel. jadi hantu novel. macam magnet berjuta juta ada kat novel tue. lepastue. mesty satu hari tue dah habes bace. kadang tidur pun buat donno je. padahal tidurlah saat paling bahagia beta. sanggup habis masa dengan beliau. buah hati hati hati pon tolak tepi. haha.  dan terbayang bayang watak tue. sambil bace sambil emo emo membebel dalam hati marah kat watak tue. padehal watak tue tak wujud pon -_-'. haish.
eh tapi macam baik sangat pulak nak bace english version. beta tak bace lah novel english. penah tapi jarang. takde sape yang nak bagi pinjam. helloooo. beta tak penah penah lagi dalam hidup beli novel sendiri. mahal sangat rasanya. selalunya pinjam dan cilok kt kawan baik baik beta ;). tue yang sayang mereka lebeh2 ne. novel apa? macam biasa. novel jiwang. tapi tak semua. ada yang advance macam kisah di hutan belantara sana dan sebagainya. sebab tue lah gamaknya beta bab sajak or jiwang lajuuu je? hahha. praktis kan. .  .  . lagi lagi ada yang panggil beta dr cinta. membaca kisah cinta dan melaluinya tak sama kan. senang nak lihat susah nak rasa. kan kan. .kali ne novel ne menjadi pilihan ;)
tak secantik mawar juga. ;p. haha. perh! beta cakap. adoi. habis terlihat keperempuananku. beta nangis sakan kot. kalau tak. tue bukan beta namanya. malu beta dibuatnya. kemana mana je beta bawa. dan kemana mana tue jugaklah beta nanges. habis kena cover depan orang ramai. haha. cerita ne gadis tue 19 tahun dah kawin? habis betaaa ne? belum lagiiiiiiiiiiiii!. comey lote dan terbaik watak tersebut. siti zarith zahra. dan luqman hariez ;).luqman terpaksa pillih salah sorang cucu mak tok dye daripada 7 orang cucu nak dijadikan isteri. dalam seminggu kena pilih. perh. kalau korang wujud. beta respect sama lu olang. tue je kot nak membebel pada malam buta ne. . sekiannn pakcik makcik!. 

disebbkn kehulur hilir. salu novel beta bace. ade kesan sos atau kicap. haha. sory kawan kawan!. Mengidam lagi nak baca yang lain. uwarghh ...

sakitlah awak. !

hye semua. salam satu blur n salam satu mata burung hantu.

oh burung hantu ada dua mata okayhh. maaflaaa dulu tadika tak fokus. main lari lari main kejar kejar main nanges nanges. inilah akibatnya. hehe. seterusnya . maaflah wahai blog sayang. asik dipinggirkan.asik diketepikan. dah penat dah mintak maaf dekat blog. tak reti reti nak update.blog pon dah tak larat nak maafkan dan tak larat nak meratapi kesuyian yang melanda. asek dimadukan dan diceraikan talak tiga. rujuk dah kali ke 300 kot. haha. sayang kauuu lebeh laa blog bucuk bucuk. haha. serius dah masuk air -_-'

okay sesi pengenalan meroyan tamat.

nak masuk ISI: ONDWAY : maka semenjak dua menjak tiga menjak ne. badan asek sengal sengal belakang. tidur pun tak menentu. macam bayi comel bangun tengah malam terjaga. pasal tidur xlena posisi struktur badan tak kena. pusing 360 darjah seminit dua kali. meniarap melentang kuak lentak menyandar kuak kupu kupu kuak rama rama semua adalah. mana taknya. tidur kadang kadang atas lektop atas beg atas pensil box atas pensil pen henpon wayar lektop dan barang barang yang tak patut berada di atas katil. tapi takdelah smua tua bawah aku. mane muat ok!. i mean surrounding la. haha. habes tercucuk sane sini sakit dibuatnya. sebab semua kerja aku buat atas katil. last last terlena sendiri.

termasuk ISI: disebabkan badan macam ne. akibat program yang tak menentu. termasuklah program Timbalan Naib Canselor UITM di kolej tercinta. yang buat sakit sakit badan. mari kita kenali abang licin ;). abam TNC kita . jaguh bola sepak uitm. sapa tak kenal siaplah. jangan dok UITM lagi dah pasne, tuuu diaaa. hensem kannn?

MAKLUMAN : SINGLE BUT IM NOT SURE ITS AVAILABLE or not. 
ISI: maka terdapatlah satu musibah lain yang dah lama tak rasa tapi tak patut dirasa. dahla badan aku serupa sekejap berfungsi kejap tak. tiba tiba datang pulak tak diigini. camnie ceritanya abang akak oi.

pagi yang kurang indah : bangun bangun pagi menguap menggeliat atas katil. pandang kiri kanan. oh pagi sudah. tolak selimut jalan jalan terhuyung hayang ambil bakul mandi. bukak pintu pakai selipar huyung hayang lagi masuk toilet. kabur kabur pandangan toilet basah. jalan jalan lagi masuk toilet. bukak bukak paip. setitis titis. dua titis titis. tiga titis titis. dan tiada titis  titis lagi -_-', oh air tiada.hayunnnn sungguh.  frust menonggeng. keluar dari toilet. huyang hayang lagi. jalan jalan jalan.. tiba tiba sriiiiiiiiiiiiiiiiittttttt. tup!....ahhhhhhhhhhhhhh...ahhhhhhhhhhhhdoii.. kebabomm.pang pung ping pooooooooooong...tungg tangg tonggg! (taktahulah aku nak buat bunyik dia cemane-_-')

bertaburan alatan mandi ku ke udara dan jatuh bergelimpangan macam hujan ke lantai toilet. oke fine. aku terjatuh dalam toilet. jatuh baik punya. tergelincir landing baik punya. . .macam tengah duduk kaki ke hadapan. lantaran itu dua orang wanita prihatin menghampiri gua menayakan keadaan gua. sambil tersengeh sengeh kambing gua cakap: takpe takpe okayyhh jee kak. hehe. disebabkan gua mamai jugak lah , gua pun tak dapat rasa kesakitan tersebut -_-'. kuasa ajaib. gua cabut malu ke toilet yang ada air. dan kabut pergi ke kelas. haha. ini smua angkara selipar licin gua yang takde bunga langsung di tapak. kali kedua gua jatuh. dan ramai manusia sarankan gua tukar selipar. pasal setiap kali gua jatuh. dasyat . baik baik kawan kawan. OTW tukar. ;)

mooral of the story : gua lambat ke kelas 15minit. 3 hari kemudian baru sakit belakang gua. adui janganlah jadi pape. ;) . dan kalau nak mamai. jangan nak mamai sangat lah kan. !

rindu hatiku yang terpendam.

oh dingin malam nyanyikan lagu
rindu hatiku yang terpendam
mengalun mesra jiwaku yang gundah
berpaling arah mencari tujuan
dengan pena ku menulis kenangan
terbit mentari mengundah seri
menyalinkan perasaan seindah rupa
memaut memori sejuta rasa
andai hari ini hari dia
pasrah menanti tanpa jemu dan sangsi
andai kemudian hari itu akan menjadi milikku
tertawa gembira seindah pelangi
menanti detik berlalu melambai pergi
sering tersendiri berbisik sendiri
andai bisa diungkap dengan kalimah
andai senang dibicarakan dengan kata
andai aku pula gilirannya
hampir tidak terkata terkelu lidah bertanya
namun andain tak mengubah segalanya
masih tertutup hasrat semua
atas landasan Yang Maha Esa
limpahi aku kesabaranmu.
dorongi aku berkat keredhaamu
akan ku nanti kan saat bahagia itu.
maafkan aku mempunyai hasrat sebegitu.

;). nak buat cemana. dah hati kata ya. i said  i do . 

teruja dengan kehadiranmu

salam sejahtera dan salam satu malaysian dan salam satu penat longlai lemah xbermaye dan sebagainya.

Introduction merapu : maka harini beta kembali. setelah 2 minggu agaknya berhabuk habis sangkar blog ini. habis dimamah usia.dan juga keadaan beta yang fizikal cun melecun.. maksudnya 0k! but mental n dalaman xberapa nak cun. kurang sihat gamaknya. maka beta harini ada batu di dalam tekak. macam bengkak kot.  why panggil batu sesat. every time beta makan. akan rasa tersekat sekat macam sekatan polis tue. terkedek kedek makanan masuk.dan  parahnya takde rasa langsung makanan tersebut. i tak boleh rasa u lah sayang. sedihnya hidup beta. inilah akibatnyya mulut tak berhenti bercakap.

kenapa ? : Tapi bercakap yang bernilai.batu yang bernilai. sakit yang bernilai. haha. hel0.! thats my income la dear..! w0w so exciting. two weeks almost RM 520. as a student yaaa .;). but this sunday will increase my income lagi. alhamdulillah .segala puji bagimu Ya Allah.. doakanlah.amin.
* beta musykil budak ne.pegang duit betul ke. ke pegang kertas photostat duit. tapi muka kita lebih kurang same lah.! excuse me!. bukan gelap macam neeeee. . .tapi riak muka same sengih sengih kerang busuk nampak gigi putih pegang duit!


jangan cakap beta kena belanja you all. simpanan untuk anak suami cucu cicit cucut dan sebagainya.(berangan la makcik...-_-') untuk segala expenses melambung. bel0m cukup kaya. harap maklum. dengan cukai topup tahpape. haish.


isi kandungan yang ori . :  bersyukur sangat..  tetapi bisnes ne jugak. buat beta asek terabai dengan segala benda macam blog usang ini. tapi pelajaran fokus!. what!? mawarku wada business woman. tuueee diaaaa. jangan pandang rendah ngan beta bro. lagi satu . international business.okaayyyh?bukan main main. im serius. bukan nak riak apebenda tue. tapi nak sharing n loving. statement di bawah ini : 
ijazah dan degree tidak mampu menjamin mase depan kita. harap maklum. (masuk paper star,12 septermber 2011,page 4).  atau dalam english ialah di bawah : having mortaboard (degree) no longer guarantees a safe future as it is a scary world out there. titik .muktamad.

Dr Najib Tun Razak berkata : beliau mengalakkan lagi student mengambil risiko dan mencuba untuk berbisnes . paper mane beta lupa. maaf. 
yoou see what i see?


pelik kan. we have to do something than nothing. commonlah. bape ribu kolej and Universiti bersepah merata rata. competition so big dear. : ). PTPTN belambak pulak. hadoi. sebaik eden tak amek. bape tahun mase nak bayar. gamaknya sampai umur 40 tahun kee? ,tapi memang nak byk kan pakai duit kan. gaji seciput je. dan agenda utama beta. ingin  memiliki yang lain dari lain dan luar biasa dari yang biasa. happy doing this. effect: sengal sengal badan lenguh lenguh kaki tangan da sebagainya.dalam pada yang same. CASH bergelimpangan di dompet. fuuuuh.... layan.. tapi macam kelakar plak beta cakap pasal ne? macam dah matang sangat pulak. haha. just sesaje je jadi matang jap boleh?. thnx guys bace.


anda pula bagaimana? jangan goyang kaki goyang kepala. tanya otak tanya diri. buatlah sesuatu.  ;)
teruja dengan kehadiranmu bisnes. terima kasih awak. ;)

sama tapi tak serupa.

assalamualaikum semua. salam satu rushing dan satu blur.

oh untuk pengetahuan ada dalam 30 minit je nak update. dan tiba tiba perasaan blur menyelinap menghantui diriku. hish. tumbuk karang. pi main jauh jauh la . . . lempak nak? bergegas ke lokasi lain. ada appointment ;).macam biasa. business punya story.  maka hari ini sangat sempoi. dan tak delah panas seperti selalu. cuma kentandusan tisu. dan kegeraman apabila setiap kali bersin takde back-up si tisu, maka dunia agak kelam kabut tonggang terbalik hancur lebur tanpa si tisu. sesungguhnya ia sangat bermakna. tolonglah..huh itulah aku. aku yang berpenyakit. haha

isi yang terkandung : baik kali ne pendahuluan tak meroyan sangat. alhamdulillah. hehe. maka go to the main point. korang penah bace tak entri eden bawah ne ha. bawah je pun. oh tentang kemahiran membaling mencampak campak menguling guling bersama tepung majerin gula pewarna dan sebagainya. maka kali ne entri ne sambungan dari itu.
(untuk kepahaman anda, sila baca.)

maka. inilah hasilnya. teruja dan terkesima. dan bukti. eden bukan sebarangan anak dara. boleh masuk dapur tau. haha. boleh bermain dengan api dan oven sekaligus.  dan sila cuci mata anda di bawah. nak gelak boleh? nak rasa ? mari rumah la,  taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.! tuuu diaaa.  biskut manggis tah pape.!

asal : pakcik google punya,
hasil, selepas : ne mawarku wada yang punyaaa . .!



*oh maaf amek gambar guna hp je, xberkualiti langsung.

perasaan : haha. rasa cam nak tergelak pulak. macam langit dan bumi. sama tapi tak serupa. lain benar colournya. sorilah kalau tak jadi. tapi sedap je orang kate. selain manggis. dibuat juga bentuk merepek seperti bentuk love, epal, donut, muka orang, henfon, mangkuk pinggan, cili,strawberi, dadu - xnak tunjuk sebab macam macam buruk dan budak budak.. haha.(tapi rasanya cam dah termasuk kat gambar atas ne -_-') benda alah ne macam doh. jadi masa buat. macam main plastesin zaman budak budak tadika dulu. sampai lupa. ini makanan laaa makcik! bukan permainan. haiyo.! nasib baik tak buat dinasour. haha. gila punya makcik.

alkisahnya dup dap dup dap tyme buat ne. mencari bahannye sehari suntuk. ini semua gara gara pewarna ungu tidak ada untuk membuat warna manggis. terpaksa pusing pusing satu dunia meru.. dan akhirnya mengalah dan terima aje warna apa yang ada. .!  so wane lain kira halal jelaaaaa yea. janji aku buat.

kisah lucu: untuk makluman biskut manggis ini hanya akan dimakan oleh golongan budak budak hingusan dalam lingkungan 3 atau 4 tahun dan berdekatan dengannya -_-', sebab sangat colourful dan budak budak je habiskan. semua anak buahku merasainya dengan penuh nikmat. haha. kelakar dan comel. dan mangsa seterusnya anak anak orang yang datang ziarah nenek eden haritue di kampung. . orang tua pulak akan berkate ' eiiiiiiiiiiiii..byk ye pewarna dye....xelok untuk kesihatan....dan eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii memanjang ' . tapi silalah hargai penah lelah daku membuatnya bertungkus lumus dan lemas kepenatan. sampai hati you all.

saya rindu awak. sangat .

assalamualaikum dan salam satu panas berpeluh peluh.
rasanya sang cuaca susah untuk merubah dirinya terhadap sejuk damai.. disini di taman metropolitan. di taman bernama shahalam anak kandung kepada selangor dan jiran sebelah kuala lumpur.. dirasakan bahang merata rata tempat. wahai shahalam. mengapa dirimu panas jua jika malam malam buta begini. dan seterusnya saya sebagai makhluk shahalam ini terasa dibakar hangus dalam oven suhu 250'c. oh mak ai! daging manis sedap siap satuuuuu! tak pun siap kuih raya jenis daging! haha.

mukadimah: yang tadi tue sesi meroyan. sekarang baru start, haha.
 sudah hampir dua minggu lebih ku biarkan lipas berkeliaran. sang labah labah membuat sarang bertaburan dan semut semut comei membina istana pasir atau sarang kota semut yang senang untuk dipecahkan. ku biarkan semua serangga menghinggap senang lena selesa teramat di  teratak blog ku ini yang telah menunjukkan ditinggalkan bersendirian dan kepiluan. maka aku kembali untukmu semula . membawa segala ridsect , TAK BERI PELUANG!. dan segala penyapu lidi menebas segala sarang yang tercipta sejak 2 minggu lepas......dushhhh!!!. paang,,,pungg!!! haiyaaaa... ...iyaaaahhh ! bersih sudaaaaaaa. yeaaaah! ;).
*sesi pengenalan yang hampir meroyan

isi kandungan: maka harini hari ketujuh raya mula menjelma. dan ditakdirkan disini aku meyentuh lappyku dan menaip serba sedikit dan memanjakan diri dengan rutin harianku. berblogging;). dan yang ku rindu ku ingin ku mahu ku mahu mahu tapi malu. ku teruja . dan amatlah teringin senang cita lah kan. adalah edit. edit gambar wahai kawan kawan. sekarang dah ada diploma photoshop. upgrade sikit lah. dulu foundation edit dalam website je.. mcm www.picnik.com kan ! dulu zaman ribena. ini jelah laman utama.game zombie ke angry bird ke buang jauh jauh. movie korea lagilah buang jauh jauh. haha. hanya ini!  kesiaaaan.!

tak payah cerita.. benda ne lagi femes dari lady gaga dengan mamat putih tue. 
pakcik justien bieber bibir tue. ! sorry u tak dapat cairkan hati i macam pakcik photoshop.! haha

isi kandungan yang mungkin lebih utama: jadi dah ade diploma photoshop. dan apabila jari reruncing yang comei ini mengedit. maka dipilih gmbar berikut untuk disesuaikan dengan mood happening raya. maka terlihat lah gambar seperti di bawah. yi haaa! alhamdulillah. giannya tearaamat. contohnya kalau lelaki. macam kalau tak tendang bola sepak setahun tak sah! kalau perempuan, kalau tak tacap muka make up sampai jadi badut setahun tak sah! haa macam tue lah kawan kawan. maafkan atas keterujaan ku yang melampau. sila cuci mata anda dahulu di bawah. 
SELAMAT HARI RAYA SEMUA 
maafkan mawar yea. maaf zahir batin ibuk ibuk bapak bapak ;)

 khas untuk rakan tersayang ;) kawan seperjuangan . seperti . makcik hani! dan makcik shida!
miss both of u. ;) dan mereka yang tertulis dalam hati ini.
khas untuk bloggers;) mekaseh awak semua.
;')

cuak untuk mencuba!

salam satu relax dan salam satu tenang.
hihi. alhamdulillah harini barulah beta rasa mendapat kerehatan secukupnya dan nikmat tidur yang terlampau berpanjangan dan bajet bajet pitam untuk satu hari, setelah penat bertungkus lumus bepeluh peluhan berpenat penatan dan berpening pening . mencari rezeki di terik panas dan udara semerbak yang tercemar 100% sama sekalinya, *sila bayangkan saya orang susa. pondok retak seribu dan makan nasi kicap*, tapi awak. mana ada orang miskin berblogging?. . .teeeeeeetttttttt... hihi.penat kenape yea? macam biasalah dengan bisnes yang dah lame berkecimpung lebih kurang dari 3 tahun tolak 2 tahun 7 bulan 5 hari  2 jam 3 minit 1 saat. haiyo! hidup banyak susa woo0o ;). tidak mengapa. quite interesting actually.

i learn how to be a matured and strong gurl. 

Dig a well before you become thirsty.

The worst in the business world is the situation of no decision.

It’s better to have a plan yet undone, rather than having none at all.
bak kata pepatah. biar kerat kerat patah tulang tulang retak berjuta. penat lelah air mata keringat mengalir. nikmat bila hasil titik peluh sendiri dapat gedebuuuk depan mata. * tah pepatah aku bercampur baur. BM fail. ayat macam keling. maaflah awak.

berbalik kepada tajuk besar di atas : CUAK untuk MENCUBA
beta rasa macam dup dap dup dap. hehe. citanya macam ne. raya tahun ne satu haprak habuk kuih pun takda kat rumah ne. beta ne bab raya buat tatau sikit. pasal baju raya semua tempah dah beli tudung baru tadi. tue jelah. bajet macam orang lain takda lah pulak. macam segala kasut tumit 3 inci beg baru berkilat n baju mahal mahal. setakat baju raya sepasang tudung. dan benda macam perempuan punya: cincin yang sebulan sekali hilang dan broooch sebulan sekali tercabut dan tercicir -_-' . alhamdulillah ditakdir kan beta bukan seorang anak yang boros. dan jimat cermat yang amat terlampau kadang kadang. sampai haritue. berbuka pun lupa. jadi dua hari berpuasa. hanya berbuka dengan air. dan akibat. 2 ke 3 kg hilang macam tue jeeeeeeeeeee!


dan cerita utama: kuih raya! haiyo. asal pulak takda. jadi ceritanya setiap anak dara beliau.maksud beta . anak dara mummy beta. ohps. ada yang status mak dara. pasal dah kawin . kenalah buat kuih raya sorang satu. tinggal beta ne jelah belum buat agaknya. serius bukan bukan tak penah buat benda gini. 


kisah lama: dulu nak habaq mai ne. maaflah rindu kampung. jadi speaking kedah jap. hangpa tau dak. dulu cek lah juara ratu buat kek batik kat sekolah cek. juara berturut turut, sampai penin fenin dapat order pulak bertambah tambah.cek nak buat suka suka jaa. laih laih. poning pala cek banyak sangat permintaaan. selalu buat tak kira masa dan waktu. selain daripada itu : adalah buat kadang kadang agar agar yang comel,kastard jagung atau puding jagung yang comel, muffin coklat yang comel, puding telur yang comel, dan  dan dan itu jelah yang ingat. tapi tue semua 2 tahun yang lepas. haha.


kesimpulan kepeningan : SO sekarang ne beta kena buat balik semua ne. bukan semua tapi satu kuih raya. yang beta sendiri taktahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nak buat apa. lama kelamaaan. intai intai pakcik google. dapat lah terlihat dibawah ini.OMG comelnya. maka akan cuba mencuba cuba buat kuih raya yang comel pula.

beta nak buat biskut manggis!
mampukah aku!
sila eja same same. c. u . a. k. . cuaak!
insyaallah~

parah teramat~

salam satu malaysia yang boleh tahan jugak panas nya, salam satu selsema

eh bukan nak doakan korang bersin or selsema cam mawar tau. cuma itu permulaan mawar punya mood dan keadaan ketika sedang mula bermanja manja dengan blog ini. al kisahnya mawar asik bersin beberapa kali. lebih daripada 20 kali.rasanya hidung ne hampir tercabut dua tiga kali tapi gagal juga.. masih terletak di tempat  asalnya. masih kiut miut seperti asalnya cuma warna merah menyala macam badut tepi jalan -_-'

mungkin juga boleh dinobatkan sebagai ratu permaisuri bersin sedunia tanpa henti. dan juga ratu permaisuri yang menggunakan tisu paling berjuta juta dalam dunia. series kalau takda tisu takdalah mawar. OMG. mengapa hidupku bergantung pada tisu. alahai mawar. apa sudah jadi.! ne bermanja dengan blog pun pegang pegang tisu lagi.  kat sini mawar nak kongsi pengalaman jadi ratu dan permaisuri ne macam mane. bukan calang calang orang leh jadi tau.

dan paling sedih sekali. mawar terlupa ingatan dan hilang sikit sikit ingatan. terlepas appointment dengan doktor pakar sakit jiwa, maaf typo. doktor hidung laaaa...namanya sangat panjang jadi singkatan doktor hidung. ! dekat hospital tengku ampuan rahimah jun yang lalu. jun ke julai. sudah sudah lah berpenyakit amnesia! aiyoyo mawar. hospital? see parah kan. actually sejak dari form 2 ada dating dengan doktor kat situ. lahir kat situ dating pun kat situ. sampai ke tua gamaknya jodohku dengan hospital itu. jangan kena kawin dekat situ. *mimpi ngeri.
tue haa. kat bangunan baru tue. tempat dating mawar
 lepastue ne hospital tiada parking available. dan dikenali kediaman tahi burung gagak !

setiap hari diwaktu pagi, kewajipan bersin paling koman 5 kali. itu mukaddimah. kalau dah masuk isi kandungan 5x2 jadi 10 kali minimum. maksimum mungkin tidak terkira dengan jari dan minda ku. belum masuk penutup. time malam malam. sebelum tidur. macam supper bersin?. haha. pon boleh. sehinggalah penah lelah bersin. maka akan tidur semula seperti bayi comel lote kononya. hehe . bangun bangun matahari atas kepala. menyesal kemudian hari. ish ish.

mak ai. esok nak exam. jangan la bersin melanda, virus kertas tue,. haha, doakan mawar!
rabbi yassir wala tuasir. ;)

p/s; semalam kan tak jadi janda. dapat makan bukak puase dengan roomate. selama bulan berpuasa berjalan baru sekali dapat berbuka dengannya. bajet mak datin . haha. 

bukan alasan la my dear.

salam puasa semua. salam hampir berbuka;)

harum semerbak di dapur rumahku yang tersayang. sedang mereka bertungkus lumus di dapur membedal dapur yang mengeluarkan asap yang pelbagai bau. sampai beta tersedak terbatuk ter haaaaaaaaa-chum berjuta kali dibuatnya, akan tetapi beta sedang bermanja dengan blog tanpa menolong sikit pun. untuk pengetahuan. harini jela beta kurang tolong. paham ye sekalian. kuuuurang tolong . . maksud lain bukan tak tolong langsung ;p. maklumlah beta terlalu abaikan blog yang umurnya pun mencecah tua dan kedut kedut dan jeragat mulai kelihatan. maaf ya. beta kembali . yeay!. sesi membebel mak nenek tamat~

tajuk; dont give me a thousand of excuse
mood; blur blur resah gelisah jap
jenis entry; open-minded ,otak kasi bukak sikit.

okeyh. ada cerita mahu kasi tahu. sebenarnya nak kaitkan dengan ibadah puasa. berpuasakah anda harini. adakah cukup dengan lapar perut bunyi gendang gendung dan tekak haus macam kemarau perit atau bibir mengelupas lupas macam tak minum sejuta hari.?. cukupkah? berbaloi kah ? tidak sayangku. tetapi hati dan niat. tolong kasi betul sikit. hantar workshop. iaitu Rumah Allah. kasi jahit jarum sikit. sebab asek terluka dan terobek je hati ini. cat kasi merah betul. sebab dah banyak sangat titik noda hitam. sendiri tanya hati nurani? hati aku macam tue ye?
dan muka mereka yang bepuasa dan hati yang belum setting habis akan kelihatan seperti. jalan pun serupa takda kaki. cakap pun serupa mulut terkunci. senyum pun macam nak taknak je. buat kerja pun xsemenggah. muka pun toya je. dan dulu ratu cantik terus jadi ratu paling hodoh di dunia. mood lagilah kurang mood. macam bulan mengambang je setiap hari. apa alasan anda? puasa puasa puasa puasa. macam maksud anda adalah. puasa itu satu kepenatan dan aku wajib penat. astagfirullah. bertaubatlah kamu.

sebab bila beta terdengar kata kata begini yang berdesing di telinga yang dua ini.

aku penatlah tak larat laah nak buat kerja. aku puasa lah.
malaslah. aku penat ne paham tak. jangan bagi aku pening
taknak la. tak larat nak jalan. tak da tenaga
aku betul betul penat ne.tension tol. badan pun lenguh je ne
ko tak puasa boleh la. aku ne puasa tahu. mana boleh buat kerja sangat.
penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah?
penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah?
penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah penatlah malaslah?

haih sabar jelah dengar. dalam bahasa kasar, kasi lempang nak? . sabar sabar . ini situasi di universiti. setahu beta yang masuk universiti semua educated. tapi pemikiran kadang kadang menang lagi yang tak da sijil spm pun. otak kasi bukak. kasi ruang udara masuk. sepatutnya puasa lah kunci kekuatan orang Islam kan. Nabi pun berperang dulu time puasa okay style je. beniaga panas terik lagi. jangan sesekali anda jadikan alasan. beta sendiri pun kehulur hilir berniaga cari rezeki. mulut ne potpetpotpet pasal bisnes. anda kata begitu? macamlah beta tak penat tekak ne ha. mahu tercabut agaknya dok membebel je. tapi hati kata mahu, jadi anggota kata no hal lah bro ;). maaf anda salah sama sekali. bila mindset sudah katakan tidak. maka tidak lah jadinya. moga kita tak tergolong kan. amin. sila pergi ke otak. tekan main think , setting ,design , dan adjust way to think. should be valuable. percayalah kalau anggap puasa sebagai ibadah. puasa dua bulan pun sanggup insyallah ;). sekian awak.


A DROP OF INK CAN MOVE A MILLION PEOPLE TO THINK.

WE CAN TAKE FROM OUR LIFE UP TO WHAT WE PUT TO IT.

merenung masa lampau ;)

salam solat tarawikh dan salam sahur.
haha sebabnya mawar sahur sekarang. jam 12 malam. kalau pagi alamatnya zaman bila boleh bangun. dah ramdhan keberapa .? maaf hilang ingatan lagi.  tapi tapi baru sahur 4 kali kot. haiyo mawar! pemalasnya kamu! janganla salah kan mawar. sape suruh mawar asek janda sorang sorang dalam bilik ne. lagi lagi dapat roomate sekali tidur tidak mungkin bangun semula. maafkan aku;p   liat sungguh mahu bangun. dan menu sahur takkan asek cococrunch.susu panas. serius macam budak budak comot zaman dahulu nak pergi sekolah? macam mana laaa aku boleh terdetik beli benda alah tue?.haha. sesi meroyan tamat.

tajuk; muhasabah diri
mood; blur dan cuba menghayati
jenis cerita; layannnn, renungan sejenak.

kembai ke pangkal jalan yang lurus. baiklah hari ini mawar ponteng terawih. mak ai jujur sangat kamu ne. hihi. maafkan mawar. haiyo. baru sekali. hihi. rasa macam kehilangan tiba tiba. disebabkan kepenatan menyelubungi diri. tulang hampir patah patah versi tipu. dan solat magrib tadi terlentang  kat sejadah layan mimpi indah. last last tak sempat gi surau kolej seroja. sudah hanyut dibawa sang putera kayangan di alam fantasi. haha! 

tiba tiba rasa macam nak renung renung balik dalam masa lampau... ~ ~ ~ ~ ~ ~
kadang kadang kita akan mengeluh kan dengan solat terawih. sendiri tanya iman di dada lah.
tapi kenapa ya. kenapa kalau tengok wayang setiap hari ,gosiip mat labu mat labi sampai kering tekak, shopping sampai kaki tercabut .. tak penah nak runsing pikir malas lah penatlah nantilah esok esoklah lusa lusalah tulat tulat lah mingu depan depanlah tahun depan depanlah . hah! banyak la kau punya alasan . kenapa solat terawih perasaannya tak sama seperti taksub ya kita menyabut hari raya? thats why lah kita dipanggil hamba yang lemah. cakap tak serupa bikin. bikin tak serupa buat *mana aku dapat peribahasa ne!. ;) *(font ne gile jap, lain aku letak lain yg kua. kesabaran!)
wahai haty ku. mengertilah daku. mengapa kemalasan menyelubungi aku. tolonglah aku. pimpinlah aku. mendapat keredhaanmu. jauhkan aku dari seribu satu alasan. kuatkan imanku meneruskan hari mendatang dengan amalan sunat mu! oh sayang ku. oh hatiku. oh naluriku. dengarlah daku. tunaikan lah permintaan ku.ku rayu. aminn ;)
kecik kecik dah solat tarawikh. t dah besar kawin dengan i tauu.. ahaks. ;p

lepastue mawar nak kongsi pengalaman dulu dulu. mawar dulu time remaja ribena ingatkan solat terawih ne boleh buat dua rakaat jee!. paling koman dua rakaat jugaklah mawar buat setiap hari. dulu dulu lah. sambil megah kat diri. atleast aku buat jugak dua rakaat. aku buat korang tak buat. hah oke letttewwww...kelakar pulak. then baru tahu. paling koman kena buat 8 lah der! lu belajar mana pun gua tak paham (-_-')

tadi research kat pakcik google cakap. actually Rasulullah galakkan manusia bersolat sunat berulang ulang kali dan diselangi zikir. dan 8 rakaat tue supaya tak mmbebankan. tengok zaman dulu siap 36 rakaat 3 witir. haiyaaa cabut kaki gua.jenguk jenguk intai kat pakcik google. takde pulak tulis HANYA DUA RAKAAT JE. XDA LAPAN LAPAN!. hehe. malu malu. mana nak campak muka time kecik kecik dulu. 

dan manusia kan.. hawa nafsu banyak. kalau solat mula lah. masalah tadi tak setel. timbul balik. fikiran pun berimaginasi tinggi. banyangan menjelma. alamak tadi kat lektop lupa tutup log out facebook?. alamak tadi lupa msg balik dekat buah buah buah haty. alamak tadi tertingal kain di jemuran. alamak nanti beruk ambil makanan aku. alamak agak agak moreh nanti aku dapat makanan tak. alamak kerja sekolah (assigement lah der) tak siap lagi! mampos!. alamak aku lupa mandi. haha. hah banyak lah kau punya alamak. manusia tidak pernah berhenti berimaginasi? why?
macam macam ada. pening suda ~

SILA KHUSYUK KETIKA SOLAT. kita jumpa Tuhan yang menciptakan kita. takkan dengan bos lecturer. kita boleh senyap hormat fokus. dengan Tuhan sendiri takkan tak boleh ? kan kan kan.  dan dan jangan suka kutuk imam dalam solat. kebiasaaanya. apalah imam ne baca panjang panjang. dahla tak sedap . tergantung pulak tue. lambat lagi ke ne.? salah la imam ne bace. tak cukup harakat pulak tuee. ei lambatnyaaaaaaaaaa..bila nak habis...-_-' hah ! TERASA LETTTEWWWWW..ayat gedik. harap maaf. ;)
 Nobody can change you but yourself ;)

Anyone can do anything if he believes and yearns for it.