saya ada boyfriend lagi satu :D

salam, selamat tengahari-selepas-solat-jumaat

alhamdulillah , harini kerajaan mawarkuwada sihat, cuma mengalami ke-selsemaan , iaitu penyakit luar biasa tetapi buat-buat-biasa. untuk mengetahui lebih lanjut tentangg penyakit kerajaan ini, awak boleh tekan di sebelah : penyakit comel. alah entri sebelum ni jeee pun lah awak awak.

OHPS. sebelum mulut comel ni melalut tidak tentu hala. maka kerajaan meneruskan maksud utama tajuk tersebut. sedar tak sedar , akhirnya kerajaan mawakuwada mempunyai boyfriend lagi satu. sebabnya dulu kalau boleh saya taknak langsung ada macam tu. kononnya hendaklah setia pada yang satu. tetapi akhirnya terjerumus jugak kepada begitu. aaaahhhhh mengapa pula ya. mungkin atas tanggujawab lagi besar kot. * eh kenapa macam awak-awak tak paham jer. *erkk.hihi

MAKSUD UTAMA:  maksudnya saya telah mendua-duakan apa yang patutnya menjadi satu. dalam erti kata yang mudah. you just need to have one. why two? * haha ayat macam keling jap

Maksud sebenar ialah , saya ada awak yang lagi satu, yang menjadi tanggujawab saya, menjaganya menengoknya dua hari sekali, meletakkan segala input dalam badan awak, memberi awak makan dan minum serta tidak membuat awak kelihatan sunngguh bohsan! dan awak ialah DIA. dia bawah ni

SI KACAK BLOG KEDUA :D


TERSIRAT : saya cuma ada blog lagi satu a.k.a boyfriend lagi satu, namun bukanlah 100% milik saya, kerana ini merupakan blog rasmi kolej kesayangan saya. dimana disini lah  'benda alah' yang saya dok sibuk kehulur-hilir sibuk selama ini. dimana sebagai seorang pelajar yang menggalas tanggujawab keatas 1200++ pelajar lain. perrrhh. penat memang penat sayang, tetapi amanah jangan buat main : D . * oh saya pelajar uitm shah alam untuk  makluman. err -_-'. kalau tak paham paham boleh terjah!

HARAPAN: saya cuma tukang update blog sana,blog sini tetap dihati sanubari.  namun harapannya agar anda pun sudilah jenguk/ follow kalau ada masa dan kerelaan hati sanubari. mana tahu boleh berkongsi sama pendapat. atau mungkin rupanya anda uitm shahalm juga? hah kan. itulah boyfirend baru saya! sayang sangat kat dia!  sebab dye kacak :D harhar

p/s: boyfriend betul? oh tidak ada lagi, ikut Yang Maha Esa jelah :P saya juga ada scandal , disini : scandal-scandal saya.

saya tanggung awak 5 tahun.

salam kepada mereka yang manis manis yang membaca,
bertuah dan terpilih kerana sudi membaca bingkisan blog picisan ini, terima kasih!

kembali semula kerajaan mawarkuwada untuk kembali berceloteh merungkai rasa membicarakan apa yang terlintas dalam hati kerajaan ini. alhamdulillah, dimanakah dan terdapatnya perasaan tiba tiba mengupdate pun tak pasti. ilham ni mungkin turun dari langit dan saya cilok tepi pokok mangga jiran dekat luar. haha (motiff sangat)* sesi merepek tamat*

ISI utama kerajaan: dengan anugerah yang ada, 5 tahun saya tanggung awak. saya ikhlas bawak awak kemana-mana je saya pergi, saya tak kisah orang pandang apa bila awak tibe2 muncul dan tiba2 menyerang badan saya, disebabkan awak, saya sering sakit-sakit dan mengakibatkan diri saya lemah dan sering tidur-tidur ayam, awak juga membuatkan saya rasa sejuk tak menentu walaupun jam waktu itu pukul 12 tengahari. manusia lain sedang berpeluh kecuali saya. demi awak. kawan saya terpaksa berkorban demi saya dalam segala hal. contohnya memelankan had laju kipas kepada 2 sepanjang satu sem bersama saya ( haha. terima kasih sayang!) dan menjaga serta melap-lap badan saya ketika demam panas. semua sebab awak tahu tak. (bacalah dengan hati pasrah:sunat)

tetapi, saya paham. awak datang membawa banyak hikmah dan pengajaran, bukannya saja saja awak datang teman saya selama 5 tahun, buang masa awak je kan.sudah ditakdirkan dan saya pasrah. maaf sebab dulu saya sering mengeluh dengan awak. tapi sekarang tak dah. biasa sudah. kadang benarlah orang kata kesakitan itu kafarah dosa kan. saya redha tapi awak kalau boleh pergi pergilah dari badan saya  : D . sudah 4 tahun juga saya pergi hospital. dan kini saya buat donow je memberontak taknak pergi. haha. tetapi tak boleh lagi. SAYA HARUS PERGI. SAYA HARUS BUANG AWAK DALAM HIDUP SAYA.

maksud sebenar kerajaan: dan awak adalah dia.

dan dia  adalah penyakit resdung. mudahkan sebut. tetapi jangan kata itu penyakit yang mudah. semua orang ada. cuma antara banyak atau sikit sahaja. masalah saya resdung ni dah tahap kritikal dimana ada bengkak dalam hidung. tidaklah parah. cuma parah dalam kehidupan. dan saya bukanlah mudah orangnya yang suka makan ubat. 4 tahun saya makan ubat tapi jarang-jarang. sekarang saya sudah malas. dan akibatnya tanggunglah lagi. dan terpaksa bertekad kembali makan ubat dan buat kembali appoinment di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,oh Klang sahaja. amat dekat tetapi payah untuk pergi. #fakta


tolonglah kerajaan: mudah sahaja kalau anda ikhlas doakan lah pihak kerajaan mawarkuwada kembali seperti orang normal. tidak perlu setiap hari memakai selimut, membawa tisu kemana sahaja, waktu terluang tidur kerana badan terlalu lesu akibat selsema yang tidak pernah berhenti, demam panas teramat, mudah pening kepala serta migrain, harus mandi air panas kalau ada, kalau tak ada maka bersedialah tidak terkena air-cond atau kipas melebihi had laju 3. haha.  dan seangkutan dan seangkatan dengannya. aminn. insyaallah.

muhasabah:
Patience means to keep close to Allah & to accept calmly the trials He sends, without complaining or feeling sad ,

and im patience with my sickness after 5 years. :D
link entry sakit saya dulu dulu : resdung kembali lagi :D . sekian kerajaan menulis :) terima kasih .