saya tanggung awak 5 tahun.

salam kepada mereka yang manis manis yang membaca,
bertuah dan terpilih kerana sudi membaca bingkisan blog picisan ini, terima kasih!

kembali semula kerajaan mawarkuwada untuk kembali berceloteh merungkai rasa membicarakan apa yang terlintas dalam hati kerajaan ini. alhamdulillah, dimanakah dan terdapatnya perasaan tiba tiba mengupdate pun tak pasti. ilham ni mungkin turun dari langit dan saya cilok tepi pokok mangga jiran dekat luar. haha (motiff sangat)* sesi merepek tamat*

ISI utama kerajaan: dengan anugerah yang ada, 5 tahun saya tanggung awak. saya ikhlas bawak awak kemana-mana je saya pergi, saya tak kisah orang pandang apa bila awak tibe2 muncul dan tiba2 menyerang badan saya, disebabkan awak, saya sering sakit-sakit dan mengakibatkan diri saya lemah dan sering tidur-tidur ayam, awak juga membuatkan saya rasa sejuk tak menentu walaupun jam waktu itu pukul 12 tengahari. manusia lain sedang berpeluh kecuali saya. demi awak. kawan saya terpaksa berkorban demi saya dalam segala hal. contohnya memelankan had laju kipas kepada 2 sepanjang satu sem bersama saya ( haha. terima kasih sayang!) dan menjaga serta melap-lap badan saya ketika demam panas. semua sebab awak tahu tak. (bacalah dengan hati pasrah:sunat)

tetapi, saya paham. awak datang membawa banyak hikmah dan pengajaran, bukannya saja saja awak datang teman saya selama 5 tahun, buang masa awak je kan.sudah ditakdirkan dan saya pasrah. maaf sebab dulu saya sering mengeluh dengan awak. tapi sekarang tak dah. biasa sudah. kadang benarlah orang kata kesakitan itu kafarah dosa kan. saya redha tapi awak kalau boleh pergi pergilah dari badan saya  : D . sudah 4 tahun juga saya pergi hospital. dan kini saya buat donow je memberontak taknak pergi. haha. tetapi tak boleh lagi. SAYA HARUS PERGI. SAYA HARUS BUANG AWAK DALAM HIDUP SAYA.

maksud sebenar kerajaan: dan awak adalah dia.

dan dia  adalah penyakit resdung. mudahkan sebut. tetapi jangan kata itu penyakit yang mudah. semua orang ada. cuma antara banyak atau sikit sahaja. masalah saya resdung ni dah tahap kritikal dimana ada bengkak dalam hidung. tidaklah parah. cuma parah dalam kehidupan. dan saya bukanlah mudah orangnya yang suka makan ubat. 4 tahun saya makan ubat tapi jarang-jarang. sekarang saya sudah malas. dan akibatnya tanggunglah lagi. dan terpaksa bertekad kembali makan ubat dan buat kembali appoinment di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,oh Klang sahaja. amat dekat tetapi payah untuk pergi. #fakta


tolonglah kerajaan: mudah sahaja kalau anda ikhlas doakan lah pihak kerajaan mawarkuwada kembali seperti orang normal. tidak perlu setiap hari memakai selimut, membawa tisu kemana sahaja, waktu terluang tidur kerana badan terlalu lesu akibat selsema yang tidak pernah berhenti, demam panas teramat, mudah pening kepala serta migrain, harus mandi air panas kalau ada, kalau tak ada maka bersedialah tidak terkena air-cond atau kipas melebihi had laju 3. haha.  dan seangkutan dan seangkatan dengannya. aminn. insyaallah.

muhasabah:
Patience means to keep close to Allah & to accept calmly the trials He sends, without complaining or feeling sad ,

and im patience with my sickness after 5 years. :D
link entry sakit saya dulu dulu : resdung kembali lagi :D . sekian kerajaan menulis :) terima kasih .

Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

# ditujukan kepada mereka yang menyayangi beta, khas buat sahabat yang dirindui dan digilai, dodot hani's. family familis, bonda comel yang tercinta, kawan yang tidak dilupai, teman yg menyinggah dalam kamus diri beta yg senget. si muncit yang menghibur luka lara. teman tapi mesra di facebook dan twitter dan blogger. (terasa tak? :P ) dan sesiapa yang secara langsung tidak langsung pernah meyayangi dan mengambil berat pasal beta ( bajet pulaaak hot , haha) dan kepada yang sudi membaca . walaupun beta macam macam tak pernah pun ingat korang semua, tapi dalam hati sentiasa tersemat nama nama anda. no worries.
perasaaan beta : ffuuhh tetiba sedap pulak lagu ini kan. hakhak. layan jiwang tetibe. haish sabar sabar. Yang Maha Mendengar kan ada ? senyumlah semahumu :) ,senyum sampai ke telinga kalau ada lagi yang sudi menjengah blog kusam ni. tetapi dah spray dah dengan Febreeze -_-' (erkk)
pesanan hati: Happy Birthday kepada si muncit, moga anda bahagia & sejahtera  kehendakNya . Insyaallah.Tuhan tolong jagakan Dia. wink wink* masuk air

#lagu ni kredit to Motif Band, motif sangat? haha.

yang bernama sedih itu saya.

 salam satu on-my-to-ramadhan

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed."

hati ini sedih. hati ini sayu. hati ini gundah gelana. hati ini tidak terpatri pada tempat asalnya. payah diungkap dengan kata. payah lagi dibual dengan lidah. Yang Maha Mendengar itu sahajalah yang paling utama. yang buat buat dengar dan ikhlas mendengar alhamdulillah terima kasih tak terhingga, bukan dipinta lagi dan lagi. sama berulang ibarat roda yang tiada hentinya. dari itu pengalaman pahit datang lagi menyapa.

 mengapa perlu bertanya jika ujian itu setimpal pada dirinya. kini bangkitlah mawar mu yang harum dahulu. biarkan sahaja perasangka berlalu pergi. yang indah pasti menanti. kembalilah dikau wahai igaunku sang pelangi . sudi kah?

-sila baca dengan nada sedih dah mendalami jiwa jiwa mereka yang sedih: arahan keras daripada keraajaan-ada paham? - :P

mari baca, tweets wada dari sahabat lama. tersenak perut tersentap jiwa kadang kadang bila baca. sape suruh tengah sedih. haha. syukran eydah  :) **psst awak bace x ni! haha


Maka beta ingin mentopup diri dengan ramadhan karim, bulan yang istimewa, yang membuatkan kita kembali padanya, dan sejuta kemaafan dan keterlanjuran suara lidah kaki tangan rambut mata hidung kiut miut comel lote dan sebagainya atas kesilapan beta yang tahpape lantas mengguris hati merobek hati awak-awak semua. maafkan beta tau makcik makcik pakcik pakcik. panjang umur jumpa lagi. harap maklum. sayang diri, Tuhan, mak comel, keluarga, member dan seangkatan dengannya  

Last pesanan kerajaaan, puasa puasa ya, jangan nakal nakal !

 hanya sabar menanti. senyuman menghiasi. melangkah dengan pasti. insyaallah.

Laporan dari isteri karam sigh walliam.

 salam satu kerinduan. salam satu- see- i-come-back-again ! :)

sebab-meyebab : berita melaporkan bahawasanya last ke-update-tan blog ini adalah pada 12 haribulan 2 pada tahun 2012. maka sudah tiga bulan tidak melunaskan tanggujawab dan mengabaikan blog biasa-biasa ini, dan harini mahkamah kerajaan durian memutuskan menyambung kerjaya-sambilan-tak-bergaji ini semula pada tarikh hari ini 26 haribulan 5 tahun 2012. makan kayu dengan lidi. mawarkuwada apa sudah jadi! .....sekian  isteri karam singh walliam melaporkan :)

seterusnya tambi walliam ( anak angkat ) pula melaporkan berita sensasi.

bahawasanya ke-jarang-an ini berlaku akibat beberapa malapetaka menimpa dan menduga insan kerdil ini. yang bernama sabar itu saya. yang bernama mendengar itu awak awak.hihi

masalah kesedihan : kerajaan durian mengalami masalah tergempar di alam dunia mawarkuwada. contohnya seperti kesedihan menyelubungi iaitu terjadinya kecelakaan kepada ibunda comel beliau dan akibatnya mengalami kepatahan kedua belah tangan, oh! sudah hampir 4 bulan. dan sekaraang ibunda comel kembali sihat seperti biasa. dan mulai petah menggunakan tangan macam bayi membesar serta mulai susut juga berat badannya. oh my bunda. dikau makin kurus. ajaib. dan mengamalkan lebih kesihatan hidup. have  a more healthy life.- maaf lama tak tulis bahasa melayu, jadi macam bahasa keling sekejap-

 oh kebetulan. ada tulis pulak atas ni happy mothers day. ha camtulah nak cakap. maaaaak comel! selamat hari bondaaaa taauu!, tahun ini kerajaan durian lupa nak bagi hadiah. bila nak bagi tgk calon calon hadiah yg nak dibagi. sudah dibagi oleh adik beradik lain. last last lupa . save duit pulak. sorry tak sengaja lah mummy comel. janji doa untuk ibu kann. hihi  (kejap mumy kejap bonda kejap ibu. berapa banyak cik duriann punya mak nii.) hihi  satu jelah sayang.

masalah komitmen : bukanlah satu masalah. tapi kesibukan kot. disebabkan kerajaan durian dan pemerintahnya mawarkuwada memegang jawatan penting dalam kerajaan beliau. maka kesibukan sentiasa mengiringi dan menyelubungi. bak kata orang ramai. itu tanggungjawab dan amanah. you choose to be. you have to be. :: saya kena ikhlas lagi ni awak awak ::

masalah ulang-alik, jadi makcik drebar : seterusnya kerajaan durian telah menjadi makcik drebar akibat ibunda comel tak dapat mggunakan keretanya. maka makcik drebar mengambil kereta tersebut dan-buat-buat-macam-diri-sendiri-yang-punyaaa! hahahahahahahahahhaakahkahka ( gelak pelawak johan dalam radio era. hehe ) . serta membawa bunda comel kemana sahaja beliau mahu pergi, maklumlah bonda comel ni sibuk macam datin mak semah. dan kerajaaan durian ulang alik dari universiti kaum melayu. iaitu uitm di hatiku dan dihatimu. hihi. meletihkan memenatkan tapi meng-excitedkan. mengajar cik durian bangun seawal 530 pagi tanpa tidur lagi. haiyoo. manyak ngantok maaaa.

masalah putus wire dalam hati : dan apabila ia berlalu pergi. redhalah atas kehendak Illahi. aku bukan mentari yang sentiasa memberi sinar. dan aku bukan lah pelangi sentiasa mewarnai. bukan kehendak dipinta sebegini. namun hanya mengikut naluri hati bertindak dan meniup pergi. oh hati. kuatkah dirimu lagi. ? maaf andai silapnya diri ini memberi rasa . dan pahitnya kembali menghantui. biarlah rentak masa menentukan siapa yang pasti. dan aku kini bahagia.

--> oh seeeeeeemm (awesome lah cik kiah oi ) jiwang karat pulak kerajaan durian. sejak bila pulak durian ada perasaan. mana eden cilok nama durian pun tak tahulah. janji sedap. hihi. alamak lapar pulak bila taip ni. nak nasi. takmau durian. tamau tamau. eh rasa nak burger la pulak. oh my future, sabar jelah dgn karenah cik durian ni. ( pesanan dari penaja )

p/s: masalah tak masalah. kena jugaklah kan cik durian oi.bagi semangat sikit. jom cuci mata dan gelak sikit. terima kasih awak baca. sayang awak awak. nah. ni durian untuk awak! (buat buat dapat lah ye ) hihi   :) pstttttt. saya ada pelangi baru..weeeeeeeeee :D