saya tanggung awak 5 tahun.

salam kepada mereka yang manis manis yang membaca,
bertuah dan terpilih kerana sudi membaca bingkisan blog picisan ini, terima kasih!

kembali semula kerajaan mawarkuwada untuk kembali berceloteh merungkai rasa membicarakan apa yang terlintas dalam hati kerajaan ini. alhamdulillah, dimanakah dan terdapatnya perasaan tiba tiba mengupdate pun tak pasti. ilham ni mungkin turun dari langit dan saya cilok tepi pokok mangga jiran dekat luar. haha (motiff sangat)* sesi merepek tamat*

ISI utama kerajaan: dengan anugerah yang ada, 5 tahun saya tanggung awak. saya ikhlas bawak awak kemana-mana je saya pergi, saya tak kisah orang pandang apa bila awak tibe2 muncul dan tiba2 menyerang badan saya, disebabkan awak, saya sering sakit-sakit dan mengakibatkan diri saya lemah dan sering tidur-tidur ayam, awak juga membuatkan saya rasa sejuk tak menentu walaupun jam waktu itu pukul 12 tengahari. manusia lain sedang berpeluh kecuali saya. demi awak. kawan saya terpaksa berkorban demi saya dalam segala hal. contohnya memelankan had laju kipas kepada 2 sepanjang satu sem bersama saya ( haha. terima kasih sayang!) dan menjaga serta melap-lap badan saya ketika demam panas. semua sebab awak tahu tak. (bacalah dengan hati pasrah:sunat)

tetapi, saya paham. awak datang membawa banyak hikmah dan pengajaran, bukannya saja saja awak datang teman saya selama 5 tahun, buang masa awak je kan.sudah ditakdirkan dan saya pasrah. maaf sebab dulu saya sering mengeluh dengan awak. tapi sekarang tak dah. biasa sudah. kadang benarlah orang kata kesakitan itu kafarah dosa kan. saya redha tapi awak kalau boleh pergi pergilah dari badan saya  : D . sudah 4 tahun juga saya pergi hospital. dan kini saya buat donow je memberontak taknak pergi. haha. tetapi tak boleh lagi. SAYA HARUS PERGI. SAYA HARUS BUANG AWAK DALAM HIDUP SAYA.

maksud sebenar kerajaan: dan awak adalah dia.

dan dia  adalah penyakit resdung. mudahkan sebut. tetapi jangan kata itu penyakit yang mudah. semua orang ada. cuma antara banyak atau sikit sahaja. masalah saya resdung ni dah tahap kritikal dimana ada bengkak dalam hidung. tidaklah parah. cuma parah dalam kehidupan. dan saya bukanlah mudah orangnya yang suka makan ubat. 4 tahun saya makan ubat tapi jarang-jarang. sekarang saya sudah malas. dan akibatnya tanggunglah lagi. dan terpaksa bertekad kembali makan ubat dan buat kembali appoinment di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,oh Klang sahaja. amat dekat tetapi payah untuk pergi. #fakta


tolonglah kerajaan: mudah sahaja kalau anda ikhlas doakan lah pihak kerajaan mawarkuwada kembali seperti orang normal. tidak perlu setiap hari memakai selimut, membawa tisu kemana sahaja, waktu terluang tidur kerana badan terlalu lesu akibat selsema yang tidak pernah berhenti, demam panas teramat, mudah pening kepala serta migrain, harus mandi air panas kalau ada, kalau tak ada maka bersedialah tidak terkena air-cond atau kipas melebihi had laju 3. haha.  dan seangkutan dan seangkatan dengannya. aminn. insyaallah.

muhasabah:
Patience means to keep close to Allah & to accept calmly the trials He sends, without complaining or feeling sad ,

and im patience with my sickness after 5 years. :D
link entry sakit saya dulu dulu : resdung kembali lagi :D . sekian kerajaan menulis :) terima kasih .

8 comments:

Anonymous said...

rajin2la makan ubat noh...eventhough makan ubat tu ssh tp kenela jgk....
Tetibe rajin msg, fb, twit dgn kau...

najib said...

tetibe

I do I need Iman said...

ni org same ke ape? haha. baiklah bos. mekasih

sweet_sour said...

sabar je la eyh.. dugaan tu.. penghapus dosa2 kecik.. :)

Diemsisi said...

x dapat nak bayangkan 5 tahun tu dengan zaman sekarang ni kalau x der aircond ngan kipas memang x sah ...

I do I need Iman said...

sweet :D. mmg sweet. insyllh harap adelah hikmah semua ni kan sabar dan terus sabar.

diemsisi: jadi bayangkanlah. tiap tiap hari rutin yang sama. bersin.

sha my heart said...

sampai mcm tu? Kesiannya pada awak. Sabar ye

I do I need Iman said...

sha: haa kan. jadi. kalau sesiapa resdung peringkat awal. berubatlah cepat2 :P. tq