make up blog.ekawww ada?

salam satu bersin. hai semua.haiii haaaaaaaaaaachummm! 


intro budak hingusan : ohps maaf  awak. ini adalah jangkitan kuman virus paling merbahaya awak. boleh bawak penyakit bintik bintik hitam di badan dan tompok tompok merah di muka.lalu akan timbul taik lalat hidup gemok comel lote dekat bawah hidung. huish dasyat! macam muka dan badan badut pulak. nak elak? oh senang sangat awak. caranya sangat mudah. tanpa bayaran dan kos pun rendah,. tapi satu je penting awak. iaitu : ikhlas dari lubuk sanubari jantung hati yang terletak di dalam sebelah kanan-eh-kiri-kot badan awak.. dan caranya ialah. : baca entri gua sapa habis! muktamad!kalo xgua lempang. hihi hihi maaf.ok-tak-lawak-pun-mereng-agaknya#okbye#okhye#

isi hakiki isi sebenar : gua nak cerita, gua dah make up blog gua. walaupun realitinya diri gua sendiri tak reti reti nak make up muka gua.atau erti kata lain pemalas yang amat dalam menggunakan barang berwarna warni .dari warna lampu isyarat dan watercolour tue lalu campak dan letak dan toyoh dan tempek dekat muka gua dan jadilah berseri seri bak bidadari ataupun  bidadari version badut.haha memang sah sah gua tak reti make up. make me up gua retilah kawan kawan. hihi. (berdiri sudah.bukan susah pon,;p) kalau tengah loading takpelah. mungkin tak sempat bertadika dulu dulu.

gua ada satu bahan make up yang gua gemar gila. dari hujung dunia sampai hujung barat memang ada. gua tergilakan barang make gua. gua gila. lu ada gila? tak ada kaaaann. senang jea gila gua. ha ne bawah ne
gua ada PS. benda kesayangan gua. eh ps tue bukan printscreen okay .bukan pasar semah juga. tidak. bukan pergi selamanya. oh bukan. bukan pulau serdang *erk ade ker? dan bukan paling syiooook *erk takda kaitan. play station punn bukaaaan!
ps tue sayang sayang ku adalah adobe photoshop cs3. yelah gua takdak latest version cs5. asalkan ada. gua zuhud. ok-perasan-bye# terima kasih kat orang tue, yang lama menghilang-pasai ajar gua benda alah ini. dan maka terlihatlah hasil yang kelakar dan pelik sikit.oh warna kesukaan gua adalah hijau. dulu gua berlatarkan pink ungu gua-dan-nampak-macam perempuan ayu gedik jap. haha
ini
kepada
 ini
cilok dari print screen cik muna rahimah yang tersayang tercomel terbaik n other ter.. lupa nak ps sendiri. hihi ;p
kepada

p/s: oh dulu header gua gemok. makan banyak. diabetes. sekarang gua bagi dia senam masuk fitness. no more rice.just vegetable. jadi kurus cekeding macam tiang dah  header gua.. macam gua, haha perasan-lagi-okbye# eh korang ok tak? buruk sangat ke perubahan ne. dari dulu nak buang binatang gerak gerak 'be my follower tue' selalu lupa. padehal tak jumpa. lupa yang mana link. haha

yang bernama kecewa itu saya.

salam semua. salam sesejuk musim salju di australia tapi cuma musim panas-nak-tak-nak-jee oleh cik musim khatulistiwa#okbye

maka dengan musim-yang-macam-nak-taknak-tersebut. maka beta mengalami kebersinan yang berleluasa dan sangat istiqamah (maksudnya berterusan lah sayang) serta mengakibatkan kondisi badan dan suhu tidak terkawal dan mamai mamai ayam (erk) .bahkan, mengakibatkan satu pencemaran bunyi yang bingit dan bising dan pening dan kuat memecah kesuyian di waktu dinihari pagi malam dan petang. iaitu: haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaachum secara sopan dan comel#okbye

intro gedik tamat. entry serius akan berlaku sebentar lagi. harap maaf. anda disunatkan untuk mendalami jiwa yang agak serius dan berlagak matang. walaupun anda bajet bajet muda. maaf di dalam entry ini anda tua,banyak jerawat dan uban putih melekat.#tahpape#. bacalah dengan tekun agar hati saya sampai di hati awak awak semua yang membaca. moga kekesalan ini mengubah segalanya .
amaran keras dari kerajaan: sapa sengih xnak kawan. ;p

cubaan entry serius bermula dari sekarang :

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed."
Alhamdulillah :)
tolong baca ayat atas ne dengan rasa kehinaan kepada sang pencipta yang Maha Agung. Ya Allah ;')

sungguh aku terjatuh dari landasan.  sungguh aku tertipu dengan kemewahan dan kesenangan dunia.   sungguh aku terlalu selesa atas keadaan yang menimpa.   sungguh aku sedar ini cubaan yang ngeri buat aku.   dan aku. aku terkesima melihatnya pergi.   dan menduga ku tanpa belas kasihan.   sungguh aku tunduk padamu kali ini. betullah kadang selamanya berada di roda atas akan alpa,  kini di bawah roda sering terpijak terlanggar atas kesalahan diri sendiri.   oh sungguh sakit.   oh sungguh malang.   oh tak apa.   aku ingin menjadi lebih kuat.  oh ini lah caranya. ;)

maka sungguh terharu biru bila ada yang sudi mendekati hati hati yang sedih duka lara hampir mati hidup semula ne dan m'beri nasihat yang berbaloi baloi. terima kasih kawan kawan. sayang ketat ketat habes lah. hati bermonolog ' kejauhan mata bertandang apatah lagi keakraban bertegur, jarang sekali, tapi ada lagi yang mengambil simpati, indahnya persahabatan kan' ;') #penat dah nangis ne#

dan aku mengadu pada bonda tercinta tersayang tadi sambil meng-coverkan diri 'please janganlah nangis wahai hati, wahai mata' nasib baik aku ada penyakit selsema. kahkah. padehal tup tup sikit sikit mengalir. oh takpe lari ambil tisu. terus buat buat lap hidung .kepoyoan bermula. mak comel tak perasan. kihkih. 

parah sangat ke dugaan itu awak?

ya awak. bila awak tak pernah failed dalam seumur hidup. tapi inilah kali pertama. oh mak ai. tercabut jantung hati gua. terobek robek dihempas pulas hati baling jauh jauh lalu dikemek kemek macam tin sampah dan ditoyoh toyoh macam kain lampin pakai semula dan diroyok royok macam kertas tanpa tuan. lalu dilempang lempang macam roti canai terbang oleh mamak tak bertauliah. oh sakit awak ;')

tetapi

"jangan mengeluh hanya kerana kamu tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang yang tidak mempunyai kaki"

dan

"When you realize you’ve made a mistake,take immediate steps to correct it"

p/s: anda hanya mampu membaca dan menghayati bukan? tapi tambahkan pahala anda dengan berdoa sekali? boleh.? terima kasih ya awak awak. sorry laaa kejap awak gua saya aku.#perasaan macam kambing#ayat cam keling#okbye

kakak ku kawin lagi!

salam semua. salam santai sepoi sepoi bahasa.

beta berada di rumah tercinta. ketenangan kembali seperti sedia kala. kemalasan kembali menyelubungi. kesibukan ku tolak jauh jauh pergi. kepeningan mula kekurangan. kesenyuman kedamaian hanya menerjah di ruang mata dan kalbu. keselesaan di rumah menyapa.kemasakkan kembali menghantui. yeay! lame tak masak.mengidam. ke final kan tengah di alami. tetapi mengapakah beta seakan meng honeymoon kan diri. oh biarlah diri ini ke alam fantasi sementara waktu ini.
    -oke ayat bm hancur hancus hampeh,failed, into merapu tamat-

on my way to the isi.
kakak ku kawin lagi! OMG. mungkin ada yang bertanya2 eh takkan cerai kawin cerai kawin kott.  eh tadalah u alls. i banyak kakak okayyh. 5 perempuan 2 lelaki. sape suruh. kihkihkih.4 dah berumah tangga. maka 3 december lepas hari keramat. hari sejarah. beta akan ada abang ipar sorang lagi. sudah ada dah punn. nama panggilan manje, abang geeeeee! haha comel gile. rasa kelakar pulak. makin ramai laaah penghuni rumah ne. Omg! anak buah lagi. sekrang ada tujuh. lepas ne tambah satu lagi. haiiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!. -_-'. pengsan suda. jom layan seketika. beta buat simple2 je ne. dari adikmu. untuk kakakku.  kihkihkih.

on the top of the isi : untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah kaweeen kannnn. tahniah ;). seribu darab seribu kali beta jeles. beta bila lagi? tunggu bulan jatuh ke riba la gamaknya. tunggu bintang datang memanggil. tunggu pelangi datang melambai. kihkih. muda jagung sangat lah. mak beta kata. kena lepas 22 tahun. takpun umur 22 tahun tue umur wajib kawin. hakhak. sabarrrr jelaaaaahhhh ya. pejam celik pejam celik jeeee cik kiaaaah! huish. tamau tamau...macam best, tapi belum sampai seru laah cik kiaaah. -abaikan sesi berangan ini- teeeettt...

suasana: macam biasalah. sederhana tapi kepenatan melampaui batas. dengan exam final of the year. final yang mencekik darah .selang sehari selepas kenduri pulak tue., hah tatahulaaah jawab cemana. sudah lepas. menggigil la lepas ne tengok result kan. doa baik baik saja yaa!. dan history of the wedding of the year ne. siap ada playground buatan sendiri di sebelah rumah.untuk tujuh anak buah yang-kenakalan-tiada-dapat-ditandingi.hihi. gembira bersama mereka.

lagi satu cerita sensasi : beta jadi pengapit time nikah. putih semerbak lah kan liplapliplap orang kata. padehal jubah putih manik biasa. dengan selendang hijau main pusing lilit pusing pusing je haaa kat kepala. sah sah orang cakap. aik pengapit kee yang nak kawin ne. macam dah lebih je dari pengantin.cantik sgt kooot. -_-' , gua siap kena perli masa nikah tue, kan gua  duduk bersimpuh sebelah pengantin, ada orang bilang. macam gua yang bersimpuh menanti sang suami. haish.

p/s: (gambar pengapit tak dapat lagi. bahaya letak. kihkih ) kalau takda kenduri jangan harap lah beta nak sentuh alat penghias wanita terkini : make up, cincai pun jadilah. hak hak. lagi satu : inai inai inai. !
insyallah tiga tahun lagi: ayat berani mati

sayang, kau tersilap langkah lagi

Redup sinar matamu memandang
hati yang sayu terus menerkam
badai berlalu tanda dugaan
tiada yang mampu dilakukan berterusan
hanya tersenyum menanggung akibat
berani berkata terimalah semua
sayangku sering berlalu
namun pada siapa dan mengapa
susah diungkai dengan kata
lagi sukar diucap dalam hati
andai dirimu dan dirimu tahu isi naluriku
andai hatiku hanya milikmu seorang
sudah pasti bahagia sering mengiring
kekeliruan makin mencemburui
hati tergamam hati kecewa
ungkapan maaf tiada penawar
salah  diriku jua masih mentah
tetapi masih kah dikau ingat
atas kemahuan ku yang sukar ditepati
sayang, kau tersilap langkah lagi
sampai bila penantian ini
hanya si dia Maha Mengetahui
namun janji pasti terpatri
sayangku masih kepada yang satu
jangan dibilang dua atau tiga.
moga keikhlasan menyelubungi