seribu kali sayang. seribu kali kenyang.

salam semua .salam seribu kali sayang. salam seribu kali kenyang.

seribu kali kenyang : maka, kali ne beta berisikan lemak yang menempel di perut dan di sekitarnya. akibat makan terlampau pada hari ini iaitu tiga kali berat sekali ringan. nampak biasa bukan? tapi tidaklah biasa jika sekali makan nasi seperti gunung kota kinabalu dan lauk seluas lautan, dengan campuran pelbagai kuah muah yang berperisa pelik dan berkalori tinggi serta kicap kipas udang yang membajiri nasi ibarat pulau .oh mak ai! dan sesungguhnya amatlah tidak sihat dan cepat sakit ya puan puan tuan tuan.

tetapi ini adalah akibat tuntutan nafsu yang tidak terkawal dan akibat mengidam untuk memasak . lagi lagi jarang dapat. apa lagi tadi baru lepas campoq campoq bedal bedul tung tang tong tang di dapoq sejam dua. tuuu diaaa pekena kuew toew basah udang maii dahhh! siap dihidang. perut kata kenyang. hati meronta kata lapar. tipu sunat. haish. macam ikan kembung lepas tue rupa beta. :)

seribu kali sayang : maka yang ini pula sesi ulang tayang jiwa romantika jiwa jiwangan yang membuat kan beta jeles. asal la comey sangat ini. *yang berkenaan jangan perasaan oke. berkaitan dengan isu kakaku kawin lagi. nak jelas singgah sini je sayang .--> kakak ku kawin lagi! , baru dapat gambar kawin my sister bulan disember lepas. gambar semua cun cun. tapi adalah cacat sikit make up kakak ku. ish pelik tauu photographer tue tak betol kan make up my sis. xcun daaaa gambar yang satu tue. dan photographer yang kekok ambil gambar.kalah pengantin pulak dah... sambil beta tengok tengok gambar kawin ne dgn kakak yang lain. berangan lah pulak kakak yang lain nak kawin. haiyaa. pastue gelak sengih sorang sorang. beta kat sebelah dah buat muka seposen -_-' (kau gatal yeee cik kiah ) (aku adelah jugak, tapi taklah overr cam kau kiaahh oi ! ) alamak#okbye#


membebel punya bebel jom cuci mata jap. eh ada gambar pengapit lah time nikah. siapa tue? i letttew. gedik lashhh uolls. :P. boleh tahan tak syarikat ne? :) cer komen cer komen. ada cd,gambar potret, album,calendar.






eh ada lah cik kiah :). excited pulak cik kiah kan. habes hot  my sister sekarang kat blog beta :not available anymore okey!. sorry . kesempatan ini cik kiah merangkap beta merangkap minah matang dan seangkatan dengan yea ingin menunaikan hasrat hati dan tanggujawab yang lama tertindas. iaitu memberi sedikit ruang untuk si cantik manis. cik fantastik jumaat. dalam bahasa jawa. ms fantastic friday. need explanation? --->cik jumaat :)



walaupun hari jumaat akan berakhir dalam beberapa saat dan detik lagi. sempat juga akhirnya!


status mak comel: sedang asyik bermain game di GPS baru beliau. walaupun tengah driving ok. sampai tertinggal belakang bila kereta dah jalan. oh mummy please lah. menggunakan volume yang kuat sampai kedengaran di bilik ini. dengan alasan beliau tidak tahu menggunakan gps dan tidak pergi ke tempat jauh. paling tahu adalah games kanak kanak ribena yang senang di dalamnya.keadaan ini seperti situasi beliau yang gian bermain spider solitaire dahulu kala. such a cute mother . hihi. sayang beliau a.ka. mak comel :)

selamat datang awak :)

salam semua makhluk bumi. salam semua mereka yang masih diberi nyawa dan ruang bernafas.
salam satu hujan. satu sejuk. satu bersin. satu sakit. #haha#

be a good cleaner first : Kali ini beta bawa FABULOSO, RIDSECT, FRESH N WHITE, KUAT HARIMAU, GOOD MAID CLEANER, REVITALIZING HAND WASH,CHLOROX, LEMON, KIWI CLEAN,dan segala jenis dan sedarah daging oleh si  LIQUID DTERGENT. untuk membuang dan menghapus segala bagai binatang yang berbentuk merayap dan melepak di blog gua yang tercinta iaitu si nyamuk si lipas si  lebah si labah labah si kala cengkerik. eh kala jengking dan si semut api. #apapulak fresh n white#oksilap.okbye# puih puih. bersih suda. lip lap lip lap sudaaa. :) nasib baik tak buat smogging pasai tinggal blog lama sudah aihhh.

pengenalan pot pet : maka saat beta menulis ini. beta sudah menjangkaui umur batasku. umur tertua sudah bagi tempoh pengabdian di muka bumi ini. beta selayaknya akan datang ke alam dewasa-yang-tak-berapa-nak-dewasa-sangat-lah kan. dan masih merangkak rangkak ke alam tersebut. cenonet demi cenonet. habis musim remaja dicampak  campak buang jauh ke tepi longkang pekan meru. kampung halaman yang terpencil dan termegah di hati beta. ok semua dialu-alukan berlagak matang dan berumur 20 tahun keatas apabila melawat blog ini. saranan dari penaja haruslah dituruti.sekian.  hihihi. 

isi utama kot: seterusnya, beta merasmikan *sambil memotong reben berwarna hijau putih yang comey* penulisan yang pertama di dalam blog ini yang sudah tua di alam tahun baru. iaitu. 2012.  welcome new year. welcome to my blog. maka dengan segala kematangan yang ada* serius nak muntah  , beta mengambil keputusan untuk kembali aktif berblogging dan blog walking dan blog bebeling dan blog merapuking. haha. memandangkan masa kembali menemani dan tidak lagi mencemburui , say yahooooooo!.-write maturedly- yekk.

hye awak tahun baru! 
ikhlas dari hati. niat tahun baru. azam tahun baru. muka baru. parut lama.muka buku lama. hati jiwa yang baru. ~ :P

isi sampingan : maka isi seterusnya berbunyi begini, beta bersyukur ke hadrat Illahi. kerana dengan limpah kurniaNya. perasaan yang berkecamuk hambar dan tawar bagai dahulu telah kembali ceria semanis madu bukan hempedu dan pelangi mewarnai hati dan dunia gemilang beta kembali. akibatnya daripada keputusan peperiksaan yang mencapai target LULUS, tapi tidak-cemerlang-langsung-pun-hampeh-sebenarnya. namun dengan perkataan lulus membawa beta ke alam baru. iaitu ACCA. satu course yang lebih dikenali sebagai DEGREE dan course cekik duit. di ahli kan oleh orang kaya kaya sahaja. dan beta berlagak kaya je pun. hehe. tetapi beta masih bergantung kepada keputusan peperiksaan bertulis yang lain. doakan beta dalam doamu boleh? amin.#sayang dirimu lebehla#, kurang mengerti. tekan ini :---> hancur hati :( kurang mengerti lagi ? apa mahu tunggu lagi. tekan pangkah di atas. dan bersedia ke alam tadika esok hari #okbye. :P

pesanan penaja on the way matang : takdak sapa nak wish ka tarikh keramat kematangan gua. taktahu lagi. ?haiyaaaaa. FB ada. ohpss. loveyoumuchmore. UNTUNGLERR.