jom gelak gelak jap malam ne. huish bukan mengilai ek. gelak jelah kawan. aiyoyo. otak dah senget sbelah. cube dah btolkan balek. lagi senget pulak. esok ade test tue la test ne lah.. satu hape haprak xmsok. ini lah jadinye. esok test masuk exam yg bwh nee lah kot. haha. buat yg tension. be haappy skrg! bcelah. lawak pulaaak hihiihi.enjoy the reading wokeyh. jom sngeh2 cam beruk! hehe. xkannnlah xnak gelak..huwaawaw.!
============================================
Hadiah perpisahannn guru besar.
Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"
"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"
"Oh, hanya meneka," katanya.
Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."
"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.
"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.
Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.
"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.
Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.
"Apakah champagne?" ia bertanya.
"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.
Guru merasai lagi sebelum menyatakan,
"Aku menyerah, apa ini?"
Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"
SALAH malam jumaat KER.?
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”
” Bang anak? Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat
” SODAQALLAHULAZEEM “
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……
Rizal yang Insaf
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
NAk termuntah.,!
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”