yang bernama sedih itu saya.

 salam satu on-my-to-ramadhan

"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed."

hati ini sedih. hati ini sayu. hati ini gundah gelana. hati ini tidak terpatri pada tempat asalnya. payah diungkap dengan kata. payah lagi dibual dengan lidah. Yang Maha Mendengar itu sahajalah yang paling utama. yang buat buat dengar dan ikhlas mendengar alhamdulillah terima kasih tak terhingga, bukan dipinta lagi dan lagi. sama berulang ibarat roda yang tiada hentinya. dari itu pengalaman pahit datang lagi menyapa.

 mengapa perlu bertanya jika ujian itu setimpal pada dirinya. kini bangkitlah mawar mu yang harum dahulu. biarkan sahaja perasangka berlalu pergi. yang indah pasti menanti. kembalilah dikau wahai igaunku sang pelangi . sudi kah?

-sila baca dengan nada sedih dah mendalami jiwa jiwa mereka yang sedih: arahan keras daripada keraajaan-ada paham? - :P

mari baca, tweets wada dari sahabat lama. tersenak perut tersentap jiwa kadang kadang bila baca. sape suruh tengah sedih. haha. syukran eydah  :) **psst awak bace x ni! haha


Maka beta ingin mentopup diri dengan ramadhan karim, bulan yang istimewa, yang membuatkan kita kembali padanya, dan sejuta kemaafan dan keterlanjuran suara lidah kaki tangan rambut mata hidung kiut miut comel lote dan sebagainya atas kesilapan beta yang tahpape lantas mengguris hati merobek hati awak-awak semua. maafkan beta tau makcik makcik pakcik pakcik. panjang umur jumpa lagi. harap maklum. sayang diri, Tuhan, mak comel, keluarga, member dan seangkatan dengannya  

Last pesanan kerajaaan, puasa puasa ya, jangan nakal nakal !

 hanya sabar menanti. senyuman menghiasi. melangkah dengan pasti. insyaallah.

Laporan dari isteri karam sigh walliam.

 salam satu kerinduan. salam satu- see- i-come-back-again ! :)

sebab-meyebab : berita melaporkan bahawasanya last ke-update-tan blog ini adalah pada 12 haribulan 2 pada tahun 2012. maka sudah tiga bulan tidak melunaskan tanggujawab dan mengabaikan blog biasa-biasa ini, dan harini mahkamah kerajaan durian memutuskan menyambung kerjaya-sambilan-tak-bergaji ini semula pada tarikh hari ini 26 haribulan 5 tahun 2012. makan kayu dengan lidi. mawarkuwada apa sudah jadi! .....sekian  isteri karam singh walliam melaporkan :)

seterusnya tambi walliam ( anak angkat ) pula melaporkan berita sensasi.

bahawasanya ke-jarang-an ini berlaku akibat beberapa malapetaka menimpa dan menduga insan kerdil ini. yang bernama sabar itu saya. yang bernama mendengar itu awak awak.hihi

masalah kesedihan : kerajaan durian mengalami masalah tergempar di alam dunia mawarkuwada. contohnya seperti kesedihan menyelubungi iaitu terjadinya kecelakaan kepada ibunda comel beliau dan akibatnya mengalami kepatahan kedua belah tangan, oh! sudah hampir 4 bulan. dan sekaraang ibunda comel kembali sihat seperti biasa. dan mulai petah menggunakan tangan macam bayi membesar serta mulai susut juga berat badannya. oh my bunda. dikau makin kurus. ajaib. dan mengamalkan lebih kesihatan hidup. have  a more healthy life.- maaf lama tak tulis bahasa melayu, jadi macam bahasa keling sekejap-

 oh kebetulan. ada tulis pulak atas ni happy mothers day. ha camtulah nak cakap. maaaaak comel! selamat hari bondaaaa taauu!, tahun ini kerajaan durian lupa nak bagi hadiah. bila nak bagi tgk calon calon hadiah yg nak dibagi. sudah dibagi oleh adik beradik lain. last last lupa . save duit pulak. sorry tak sengaja lah mummy comel. janji doa untuk ibu kann. hihi  (kejap mumy kejap bonda kejap ibu. berapa banyak cik duriann punya mak nii.) hihi  satu jelah sayang.

masalah komitmen : bukanlah satu masalah. tapi kesibukan kot. disebabkan kerajaan durian dan pemerintahnya mawarkuwada memegang jawatan penting dalam kerajaan beliau. maka kesibukan sentiasa mengiringi dan menyelubungi. bak kata orang ramai. itu tanggungjawab dan amanah. you choose to be. you have to be. :: saya kena ikhlas lagi ni awak awak ::

masalah ulang-alik, jadi makcik drebar : seterusnya kerajaan durian telah menjadi makcik drebar akibat ibunda comel tak dapat mggunakan keretanya. maka makcik drebar mengambil kereta tersebut dan-buat-buat-macam-diri-sendiri-yang-punyaaa! hahahahahahahahahhaakahkahka ( gelak pelawak johan dalam radio era. hehe ) . serta membawa bunda comel kemana sahaja beliau mahu pergi, maklumlah bonda comel ni sibuk macam datin mak semah. dan kerajaaan durian ulang alik dari universiti kaum melayu. iaitu uitm di hatiku dan dihatimu. hihi. meletihkan memenatkan tapi meng-excitedkan. mengajar cik durian bangun seawal 530 pagi tanpa tidur lagi. haiyoo. manyak ngantok maaaa.

masalah putus wire dalam hati : dan apabila ia berlalu pergi. redhalah atas kehendak Illahi. aku bukan mentari yang sentiasa memberi sinar. dan aku bukan lah pelangi sentiasa mewarnai. bukan kehendak dipinta sebegini. namun hanya mengikut naluri hati bertindak dan meniup pergi. oh hati. kuatkah dirimu lagi. ? maaf andai silapnya diri ini memberi rasa . dan pahitnya kembali menghantui. biarlah rentak masa menentukan siapa yang pasti. dan aku kini bahagia.

--> oh seeeeeeemm (awesome lah cik kiah oi ) jiwang karat pulak kerajaan durian. sejak bila pulak durian ada perasaan. mana eden cilok nama durian pun tak tahulah. janji sedap. hihi. alamak lapar pulak bila taip ni. nak nasi. takmau durian. tamau tamau. eh rasa nak burger la pulak. oh my future, sabar jelah dgn karenah cik durian ni. ( pesanan dari penaja )

p/s: masalah tak masalah. kena jugaklah kan cik durian oi.bagi semangat sikit. jom cuci mata dan gelak sikit. terima kasih awak baca. sayang awak awak. nah. ni durian untuk awak! (buat buat dapat lah ye ) hihi   :) pstttttt. saya ada pelangi baru..weeeeeeeeee :D

aku ada 4 scandal. kau ada?

salam semua. hye uolls: hye makcik pakcik nenek datuk datin cicit semua!

pengenalan : hamboi cik semah lama tak jenguk sini kan. cik semah lupa daratan ke . ke daratan yang lupa cik semah. hampeh la cik semah ne kata nak setia pada satu. tapi ne sudah ada kekasih baru. haiyoyo. cik semah mintak maap ler dekat pakcik blogspot kadang kadang lupa scandal dengan pakcik ne. hihihi. tulah pakcik gigi jongang kedut bukan kemain rambut pun senget sangat janggut serabai. hish hish. tapi cik semah sayang jugak lah walau seciput seconet bak kacang takkan lupakan kulitnya. :)


on my way to isi : cik semah nak bagitahu(zaman nenek moyang bila nama beta tuka semah ne,kuno benor pemikiran hang! ) cik semah  dah ada scandal lain pulak. sekarang dah pasang empat. amboi status macam lelaki pasang bini. tapi terbalik pulak kan. nak buat macam mana. cik semah perempuan. 9 nafsu berbanding si adam 1 jee seciput nafsu. hihi. cik semah ter-over-pulak ada perasaan kasih dan sayang nak buat macam mana, fitrah manusia kan bang akak oi. jadi kena lah implikasi segala perasaan itu jadi perbuatan kepada si dia si dia si dia si dia. cukuplah empat quota. ( pandai kau semah, hot sangat ke kauu ). mari terjah jejaka 4 hott cik semah. layaaaaann. zaaaas~ (buat lah gaya cam melodi sikit awak awak )


1) jejaka pertama  : jejaka paling popular.dia paling tua. tapi cik semah setia lagi. paling banyak kedut kedut di muka. paling ramai diminati. haisssh. paling banyak kawan cik semah dapat dari dia. terlalu friendly dan hyperactive. jejaka ini belajar ilmu menghayalkan manusia. tapi cik semah sudah tidak tertipu lagi! ohpss. pakcik facebook .
2)jejaka kedua:  jejaka muda tampan bergaya,tetaapi selalu cik semah abaikan, jumpa je mesti membebel macam nenek murai kepada cucu burung murai. hihi. selalu merepek mengikut cita rasa dan jiwa rasa ~ :P, tapi si dia selalu bersabar melayan karenah cik semah, tetapi membuatkan cik semah lagi yakin dan berdikari : encik blogspot (blogger), like father like daughter. sangat matang beb.
3) jejaka ketiga: jejaka mengumpat tapi diminati ramai, berjiwa cool dan menggemparkan mata yang memandang, lebih sesuai dijadikan tempat meluahkan perasaan dan private, tetapi senang dijadikan tempat bergaduh, jejaka yang penuh kontrovesi but hot , vogue, dan versatile :) : pakcik twitter yang comel dan suka memelihara burung biru. kan kan.hihi

4) jejaka idaman yang terakhir : seorang yang alim dan lebih warak, namun boleh bertukar terus menjadi seorang yang over acting sosial jika salah memilih kawannya. namun sering tersentap atas beberapa kealiman yang menjernihkan jiwa dan hati. sering buat diri cik semah tertawa dan tersengih macam kambing sorang-sorang, kadang insaf terus! ish ish :) .dia amat memenuhi cita rasa, bila nak jiwang bila nak matured, bila nak alim, bila nak jadi teenager jap,bila nak nakal dan sebagainya.  hihi. iaitu encik handsome tumblr.


jom tengok bila nak jiwang macam mana :
 bila rasa nak bertaubat atau alim alim sikit dan mengisafi diri pulak macam ne, muhasabah kadang kadang :)

nak lagi tahu macam mana nak matured jap, nak santai jap, nak jadi budak budak jap, nak bahagia jap, nak berangan jap. hihi boleh terjah link scandal cik semah yang keempat ini. :) ---> scandal terakhir:si kacak tumblr 

semua scandal disusun mengikut umur masing masing. tapi yang paling muda lah yang paling selalu diterjah dan dibuka awal awal, dan selalu dating 24 hours. bak kata orang lain, facebook is nothing sgt lah dear. kihkih. tua sangat kot. *gurau gurau cik pakcik mark,jgn marah tau, bukannya dia paham pun bahasa kau cik semah oii!, eh awak awak. tq reading okayh!

sardin yang mencabar kewarasan ku. ~

salam semua. salam satu pening-on-my-way-to-migrain.

pendahuluan : jap tarik nafas sekali. uhhhhhh......fuihhhh...uhhhh..fuihhh.. untuk kurangkan pening lalat melanda, serius tak hilang. serius buat buat hilang :) ngeeeee~. kali ne beta bernafsu semula untuk meng-up-to-date kan blog kurang upaya ini tanpa tuannya. hiihi. sekarang beta dah bagi kerusi roda so dah boleh jaaalaaan daaaa.! get well soon dear. hehe .

amaran kerajaan comel : agak panjang sayang, terpulang hati membaca mata memandang,meluahkan yang terpendam yang terasa .hihi :)

isu panas: maka kali ini beta memperkenalkan satu pengalaman beta bersama si sardin biru merah, nama ciptaan komposer dan lirik lagu oleh mawarku wada, pemenang anugerah-juara-ciptaan-nama-bukan-bukan 2012. ianya bukan lah  satu tin sardin cap tesco or cap giant, dan bukan juga satu resipi sardin nenek moyang jiran sebelah beta, dan bukanlah satu hidangan idaman seorang suami kepada sang isteri #erkkk.# tetapi ia adalah nama sebuah bas berwarna girang, merah biru dan kuning cenonet. yang amat dikenali ramai tapi tidak digemari ramai~. terutamanya beta. dan kaum melayu penduduk klang-ke-shahalam. bukanlah si sardin biru merah yang bersalah. tapi ahlinya melampau lampau umpama sardin yang melimpah dari tinnya (boleh pakai ke perumpamaan ini? , haha :P ) dan mendukacitakan mereka ahli sardin adalah warga asing ,si bangla, si myanmar, si thailand, dan si endon. oh mak ai!

melimpah ruah warga asing ini terutamanya di KLANG! awatnya cek dok tang ne. eh bukan. awatnya hangpa hanpa semua dok tang ni! banyak sangat la aiyoyoyo. pening pusing mgrain kepala difikirkannya~. kadang bandar klang di raja ini dicop sebagai tempat pertemuan rasmi warga asing dan tempat lepaking menyemaking  mereka. kalau cita bab depaaa satu malam tak habeih hang tau daaak.

tidak puas hati : masa ini beta menaiki satu sardin merah biru dari shahalam ke klang. masuk masuk ja kena berdiri , maklumlah sardin kan. buat buat kurus dan kecik lah gamaknya menyelit dekat semua makhluk sardin yang membuka semua jenis bau air-cond yang sungguh nyaman. oh mak ai!. makin lama makin kurang ahli sardin dan akhirnya beta dapat tempat duduk di kerusi panjang yang boleh memuat kan tiga orang. malangnya seorang makcik dikenali makcik potpetpotpet dan bersaiz comel duduk di sebelah beta. dan seorang kawannya yang lagi pot n pet berdiri di hadapan beta. maka tidak sengaja beta mempunyai telinga lalu terdengar perbualan mereka yang agak hammpeh. tapi paling best ialah 'sebaik kau kecik dik, habis kene himpit cam lempeng' oh ditujukan kepada beta. lalu beta tersengih kambing. kambing yang keding.keding yang lempeng? :P

isi : antara hot topik mereka yang tak boleh tahan lah kan, ialah cik semah (beliau,nama gelaran beta bagi) membeli nombor ekor*agak megah berkata2, kau islam ke tak mak semah oiiiii... satu kampung sardin biru merah dengar kau tahuuu. seterusnya berkata pula, anak si pulat bin pulan nak tunang tapi tak cukup duit dan menggunakan duit ibunya dalam erti kata lain mengumpat, astagfirullah. dan seterusnya cik semah berkata sungguh best menaiki bas berbanding motor *intonasi yang agak sangat teruja (mesti dah lama sangat naik motor sampai bohsan, bagi beta. teeeeeeeeeeetttt -_-', tak pernah best! ) dan mengomel mengomel setiap satu saat seperti. eh hujan panas la, eh banyak sangat ne kereta, eh cuba tgk perempuan tu n whatever lah kan cik semah oi. beta senyap membisu sahaja sampailah ke klang

pengalaman sakit jiwa: dan  dari klang ke meru, menaiki lagi satu sardin biru merah. macam biasa penuh dengan ahli sardin yang paling beta tak gemar terdiri daripada warga bangla yang sangat ramai dan india yang berbau harum, mereka akan membuka air cond dan menebarkan bau itu, sabar cik kiah sabar. dugaan hidup :). beta berdiri lagi dan lagi. dan sangat tak bertauliah pakcik sardin(pakcik pemandu bas) membawa bas mini seperti roller coaster genting highland. ke kiri ke kanan ke belakang ke depan ikut suka mak ayah sardin dia. pakcik sardin suka menggunakan brek mengejut menyebabkan ahli sardin kedepan bagai nak rak. terutamanya beta yang macam ringan ibarat kertas, terhuyung hayang ke depan ke belakang. kadang dah macam menari by step dalam bas?.macam kpop pulak. hahaha. dan paling tak best orang yang duduk di kerusi usha orang berdiri menari terhegeh hegeh akibat brek dari pakcik sardin. hish malu tahu!.


kesabaran cik kiah: dan paling mangkuk ayun apabila menari nari dan menahan diri dari tidak terlanggar org di hadapan dan belakang. akhirnya tertewas dengan terpijak kaki orang belakang. maka ditoleh. oh seorang gadis, lalu beta mintak maaf dgn sopannya. hihi. nasib kau gadis. kalau teruna mampuihhh beta. 15 minit kemudian, pakcik bas ini lagi sekali menunjukkan skill tidak bertauliah beliau dengan hampir melanggar satu couple myanmmar sedang berpengangan tangan di tepi jalan lalu mereka terkejut dan hampir jatuh ke dalam parit. pastu beta tak nampak apa jadi, tapi rasanya tak masuk kotttttt. (serius beta nak lempang je pakcik sardin neee hoii. xde adab betul, kesian mereka kan kan. )
hampir sampai : perjalanan kalau dinaiki kereta hanya mengambil masa 15 minit. tetapi dengan si sardin merah biru ini yang merangkak-rangkak di dalam lalulintas yang teramat jammed, maka akan terhasil lah perjalanan selama 1 jam 45 minit. shah alam ke klang je puuunn! haish. lalu beta sampai di meru dan berjalan  kaki ke rumah beta dengan merentasi satu perumahan yang dipenuhi anjing anjing yang bajet-gua-takut-n-suka terkejut kan beta. dari celah celah pokok datang tiba tiba sergah beta dengan mengonggong kat tepi beta,jatuh luruh jantung hati beta. hish bertuah punya anjing. :) nasib baik ekau terikat dekat pokok. kalau tak habes gua habes buat larian pecut 100m. hihi

kesimpulan : akhirnya beta selamat sampai dengan kepenatan, lalu meneguk air tapisan di rumah sebanyak dua gelas besar tanpa henti .gelojoh kau cik kiah , belum duduk palestin lagi cik kiah oi. alhamdulillah. hihi :). sekian cik kiah melaporkan dari teratak bonda meru , naik perahu guna gigi, lain kali beta taknak naik lagi. !(ada rupa isteri karam singh walliam tak. hihih) #okbye

p/s: gua bakal dapat anak buah lagi. jadinya lapan orang anak buah cik kiah! terhasil daripada kakak gua yang berkahwin 3/12/2011. haaaaaaaaaaaaaaaa :) tahniah sys. ---->kakak ku kawin lagi! dan  kakak ku kawin-seribu kali sayang :)  terima kasih sudi baca !